Akibat terdesak untuk menjadi seorang “bapa”, seorang tomboi menculik bayi berusia setahun dengan bantuan ibu saudara bayi, adik kepada ibu bayi berkenaan.
Metro Ahad melaporkan bahawa tomboi yang berusia 20-an dan kekasihnya berusia 16 tahun telah mengambil bayi berkenaan dari rumah ibu bayi itu di Kampung Tengah, Kluang, lima hari lalu.
Tomboi itu dipercayai telah merancang penculikan tersebut dengan teliti, bahkan membawa ibu bayi tersebut membeli-belah di pasar raya berhampiran pada kira-kira pukul 2 petang, Rabu.
Ketua Polis Daerah Kluang Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, ibu, yang berumur 17 tahun yang juga merupakan seorang ibu tunggal, mendakwa tomboy itu telah memberitahunya bahawa dia mahu pulang ke rumah untuk mengambil teman wanita beliau dan bayinya.
“Dia kemudiannya menjadi curiga apabila meraka tidak kembali ke pasar raya tersebut dalam tempoh agak lama,” katanya.
“Ibu bayi membuat laporan polis selepas beliau pulang ke rumah untuk mencari tomboi itu, namun mendapati adik dan anaknya hilang. Wanita itu juga telah cuba untuk menghubungi adiknya tetapi gagal, “kata ACP Mohd Roze.
Dalam satu kes berkaitan yang lain , akhbar itu melaporkan bahawa seorang wanita muda telah meninggalkan suami keempat beliau untuk bersama dengan kekasih perempuannya.
Wanita itu, yang dikenali sebagai Aina , meninggalkan rumah November lalu. Suaminya yang tidak
tahu tentang hubungan sulit isterinya dengan wanita lain hanya menyedari hal tersebut apabila dia memuat naik gambar intimnya di Facebook.
“Isteri saya pernah membawa pulang tomboy ini , yang dia perkenalkan sebagai seorang sahabat lama , beberapa minggu sebelum dia melarikan diri. Saya fikir mereka adalah kawan baik dan hanya tahu status sebenar hubungan mereka melalui Facebook , “kata suami yang mahu dikenali sebagai Razak.
Lelaki mengesyaki isteri dan wanita tersebut mempunyai ” pelan “, yang didakwa beliau adalah sebab mengapa Aina telah berkahwin tiga kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya tidak tahu hakikat ini sehingga hari sebelum kami berkahwin . Apabila saya sedang memikatnya , dia mengaku bujang. Namun apabila tarikh kami berkahwin semakin dekat , barulah Aina memberitahu saya bahawa dia telah bercerai dari suami ketiganya baru-baru ini. “
“Walaupun banyak persoalan tersimpan muncul dalam kepala saya , saya tidak memikirnya kerana saya mahu berkahwin dengan beliau,” katanya.
Razak mendakwa hubungan mereka baik sehingga tomboi tersebut muncul. Tambahnya, selepas isterinya meninggalkan dia, Aina telah menghubunginya beberapa kali untuk meminta cerai.
Sumber : The Star & Metro Ahad