Seorang lelaki dan isterinya ditemui mati dengan leher mereka dikelar di projek perumahan rakyat Kampung Muhibbah Blok C di Cheras pada hari Sabtu jam 11 malam.
Lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori, dan dikenali sebagai Selvam , dipercayai telah mengelar leher isterinya Anita, selepas satu pertengkaran sebelum membunuh dirinya sendiri.
Siasatan awal mendapati tanda hirisan antara 10 hingga 15 cm panjang di leher pasangan itu.
Turut menerima nasib serupa adalah dua ekor anjing peliharaan mereka yang dinamakan Reno dan Pinky yang turut dikelar leher.
Sebilah pisau yang dipercayai digunakan lelaki tersebut juga ditemui di sisi mayatnya.
Menurut seorang jiran mereka mendakwa bahawa mereka ada mendengar pasangan suami isteri tersebut bergaduh.
Pasangan yang digambarkan sebagai penyayang oleh jiran tetangga mereka ini tidak mempunyai anak dan dikatakan pasangan ini tidak pernah dilihat bertengkar sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Cheras Komisioner Mohan Singh mengesahkan menerima laporan dan berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Siasatan sedang dijalankan dan tidak ada unsur-unsur jenayah, katanya.
Mayat telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Sumber : The Star Online & The Sun Daily