Gambar-gambar ini adalah eksklusif yang kami dapat daripada rakan baik pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan nama panggilan Che Ta yang turut sama menghadiri majlis harijadinya iaitu Abang Sam Kassim. Majlis harijadi yang ke 43 Che Ta yang diadakan di Restoran Intai-Intai ini turut dihadiri oleh keluarga dan rakan baik Che Ta termasuklah penyanyi Dafi dan Azza Elite.
Memang cantik betul Che Ta malam tu ( maklumlah seri ibu mengandung! ) dan sudah pasti keknya juga bertemakan Paris dan juga tas tangan! Che Ta dan suaminya Zain Saidin mengenakan pakaian serba hitam dan juga coklat, sesuai dengan tema majlis yang ringkas tetapi eksklusif. Tak perlu tulis banyak, jom kita lihat gambar majlis harijadi Che Ta yang diadakan kelmarin.