Walaupun sudah bergelar ibu, mama, mak ataupun apa panggilan sekalipun, tetapi mereka ini boleh dikatakan masih mengambil berat soal penampilan, soal gaya dan juga fesyen. Gelaran ibu langsung tidak menghalang selebriti ini untuk berfesyen malah mereka ini boleh dikatakan antara ‘hot mama’ selebriti di Malaysia. Ingin tahu siapa pilihan Wanista.
1. NORA DANISH
Walaupun mempunyai seorang putera iaitu Putra Rayqal, pelakon comel ini dilihat cantik bergaya walau ke mana sahaja. Anda lihat sahaja setiap gambar yang dikongsi di laman Facebook dan juga Instagram sungguh menarik malah langsung tidak seperti seorang ibu. Nora nampak muda sentiasa.
2. SAZZY FALAK
Seorang lagi ‘hot mama’ pilihan Wanista ialah pengacara dan pelakon genit Sazzy Falak. Dikurniakan kembar perempuan, Iman Lily dan Tiara Rose dilihat sentiasa cantik bergaya. Minat mendalam dalam fesyen membuatkan Sazzy membuka label fesyennya, Street Fashion by Sazzy Falak.
3. ROZITA CHE WAN
‘Hot Mama‘ seterusnya ialah pelakon cantik jelita Rozita Che Wan. Rozita atau nama gelarannya Che Ta sudah mempunyai 2 orang anak, Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15. Walaupun berusia 40 tahun, Che Ta masih tetap unggul cantik bergaya malah dia sentiasa nampak muda.
4. ERRA FAZIRA
Siapa lagi kalau bukan, pelakon sensasi tinggi lampai, Erra Fazira. Erra Fazira pernah merangkul Miss Malaysia 1992 sekaligus antara yang tercantik di Malaysia. Ibu kepada Engku Aleesya, 5 tahun ini sentiasa kelihatan anggun dan cantik menawan dalam berfesyen.
5. RITA RUDAINI
Seorang lagi ‘hot mama’ pilihan Wanista ialah pelakon cantik manis Rita Rudaini. Rita dikurniakan dengan dua orang putera Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Rita boleh dikatakan antara artis Malaysia yang cantik dan sentiasa kelihatan hot lebih-lebih lagi di karpet merah.
6. NABILA HUDA
Wanista sukakan Nabila Huda lebih-lebih lagi dia antara yang berani berfesyen. Lihat sahaja Fesyen Lookbook Nabila Huda, sungguh menarik dan bijak mix n match sesuatu fesyen itu. Bukan itu sahaja, ibu kepada puteri Keisha Laila ini dilihat sentiasa hot n spicy.
7. ZIANA ZAIN
Penyanyi bersuara lantang ini boleh dikatakan antara ‘hot mama’ pilihan Wanista. Walaupun berusia dalam 40-an, penyanyi ini tetap nampak anggun dengan susuk tubuh menawan yang langsung tidak menampakkan usia lewat 40-an. Ibu kepada Muhammad Aiman, Muhammad Ammar dan kembar, Muhammad Ariel dan Nour Kaseh sentiasa kelihatan menarik dan menawan sekali. Memang hot!