Subang logam gaya baru untuk tampak moden dan effortless!
Gaya fesyen sekarang masih lagi mengekalkan penampilan yang ringkas, kemas dan minimalis. Mainan warna neutral atau pastel mempolori niche fesyen begini. Ia juga sering kali dikaitkan dengan aura quiet luxury. Bukan sahaja warna, aksesori juga perlu diambil kira. Kalau tidak, tiada daya penarik pula dalam niche fesyen tersebut.
Tak dapat DIVA nafikan aksesori dari kepingan logam mendapat tempat dihati peminat fesyen. Ia menjadi barang kemas yang amat sesuai untuk melengkapkan satu look yang sederhana. Subang logam antara aksesori paling laku. Ia mampu mengubah gaya kamu tampak berani dan paling penting timeless.
Subang logam ini biasanya dari permukaan salutan warna emas atau perak. Kamu boleh memilih antara dua warna yang cocok dengan rona kulit. Seperti biasa, siapa yang memilki tona kulit warm boleh memilih logam emas. Manakala cool undertone warna silver dan mereka yang rona neutral beruntung boleh mengayakan kedua-duanya.
Menariknya lagi aksesori subang logam atau cincin juga. Ia amat murah berbanding aksesori perhiasan yang lain. Malah estetika rekaan subang logam lebih menarik dan unik. Keaslian bentuk logam yang digubah pelbagai serta menepati personaliti penggaya yang sederhana dan moden.
Jika kamu mahu tambah ‘wow’ dalam satu oufit tidak kira pakaian kasual, pejabat, makan malam atau street-wear. Ya, subang logam akan beri kesan tersebut.
Mungkin juga kamu akan khuatir dengan jaminan masa trend aksesori dari logam begini. Sudah DIVA katakan sebelum ini. Berdasarkan rekaan dan keaslian logam itu ia boleh menjadi satu gaya yang tidak akan ditelan zaman. Bentuk-bentuk rekaan subang logam memenuhi estetika tidak kira masa dipakai.
Jadi cuba dulu sepasang atau dua subang logam. Kamu akan jadi perhatian ramai walaupun dalam gaya fesyen ringkas!