Apa agaknya concealer terbaik 2024?
Tidak perlu lagi DIVA terangkan panjang lebar tentang penggunaan concealer. Sudah tentu para pembaca lebih arif dengan manfaat concealer untuk mencerahkan bahagian wajah seperti bawah mata dan beberapa point tinggi wajah. Malah, ada juga yang menjadikan concealer sebagai pengganti foundation untuk solekan nipis dan sebagainya.
Tekstur concealer bergantung pada formulanya. Ada concealer direka tekstur halus atau tebal, matte atau dewy dan mempunyai pelbagai range rona. Ia bergantung pada si pemakai untuk menghasilkan solekan yang bagaimana. Nah, masuk tahun baru 2024 ini sudah pasti ada yang mencari concealer yang lebih bagus dari sebelumnya. Walaupun perkongsian DIVA kali ini bukan produk yang baharu, namun concealer ini bakal menjadi pujaan juga unuk tahun ini.
- Wet n Wild Megalast Incognito All-Day Full Coverage Concealer [RM29.90]
Concealer baru dari Wet n Wild ini sangat mudah diratakan, tahan lama dan tidak mengeringkan kulit. Menariknya lagi ia mampun menghidrat kulit supaya tidak meninggalkan kesan crease yang melampau. Ya, concealer ini sesuai untuk kamu yang memiliki masalah kulit kering.
- RIMMEL Lasting Finish Multi Tasker Concealer [RM41.90]
Concealer sesuai untuk menutup apa jua cela diwajah kamu. Pigmentasi, kemerahan, parut jerawat mahupun tona kulit tidak sekata mampu diatasinya. Diformulasi pekat dan mudah kering untuk hasil solekan yang pantas.
- NARS Radiant Creamy Concealer [RM140]
Sudah bertahun-tahun, concealer dari NARS tetap menjadi pujaan hati ramai. Tekstur yang creamy mudah untuk disapu pada wajah dan paling penting ia tidak meninggalkan kesan bergaris terutamanya pada bawah mata.
- Natasha Denona HY-Glam Concealer [RM150]
Worth the hype! Itulah kata-kata pengguna concealer jenama high-end Natasha Denona ini. Formula yang bagus untuk kekal diatas kulit berjam lamanya. Malah rangkaian pilihan warna pula sangat memuaskan!
- Mac Cosmetics Studio Fix 24-Hour Smooth Wear Concealer [RM138]
Jika kamu ada masalah kulit berminyak dan menyebabkan concealer mudah hilang. Ini concealer yang wajib kamu cuba untuk tahun 2024. Concealer dari Mac Cosmetics ini boleh dipakai nipis hingga full coverage. Ia diformulasi matte untuk kekal lama pada kulit dan cepat kering.
Selamat mencuba!