Siapa yang suka makan makanan Jepun, wajib pergi ke The Table oleh Isetan!
Kalau sebelum ini kamu rasakan The Table oleh Isetan di The Garden Mall sangat ‘limited’ tempat duduknya untuk kamu nikmati makanan Jepun yang premium, sekarang kamu tak perlu lagi risau! Ini kerana The Table sudah buka cawangan barunya di Suria KLCC. Sangat luas, banyak tempat duduk dan lebih segar hiasan dalamannya!
Malah untuk mereka si foodie yang sangat sukakan rasa Asia yang kuat dalam makanannya, DIVA sangat syorkan kamu ke The Table di Suria KLCC yang diterajui oleh cawangan utama The Oriental Park. Khasnya di sini, kamu dapat merasai masakan yang menggabungkan rasa Pan Asia yang diinspirasikan oleh perisa masakan Jepun, Thai Vietnam dan juga Malaysia.
Hidangan Popular The Table Yang Patut Dicuba
The Table menggunakan perisa dan ramuan Jepun yang berkualiti dalam setiap menunya, dan DIVA cadangkan kamu mencuba beberapa hidangan popularnya seperti:
Pembuka selera
- Foto – The Table Isetan
- Hanoi Lemongrass dan Salad Udang
- Tohoku Miso Hummus
- Szechuan Yodare Chicken (dihidangkan secara sejuk)
- Jiaozi Wagyu Gyozas
Hidangan Utama
- Foto – The Table Isetan
- Wagyu Kelapa Curry
- Pelbagai variasi gulungan Sushi
- Bangkok Chicken with Grilled Cabbage
- Salmon Saikyo Miso
- Casablanca Lamb Couscous
- Yakiniku Beef Tagliata
Pencuci Mulut
- Foto – The Table Isetan
- Gainduja Chocolate
- Sunshine Granita
- Coconut Semifreddo
- Bask Cheesecake
Minuman
- Mocktail: Oriental Spice, Tochigi Chamomile, Phulae Colada, Singapore Harvest
- Smoothie: Pisang Ara Shake, Melaka Susu, Kale di KL
Ruang Yang Luas, Sesuai Untuk Pelbagai Acara
Lebih luas dan sesuai untuk semua jenis acara, The Table di The Oriental Park Suria KLCC ini sangat canggih serta selesa. Disajikan dengan pemandangan tasik dan taman KLCC yang strategik, The Table di Suria KLCC ini adalah lokasi ideal untuk kamu yang mahu makan malam bersama keluarga, rakan sepejabat hingga ke makan malam romantis.
- Foto – The Table Isetan
Kalau perlukan ruang lebih privasi dan tertutup, The Table menyediakan bilik peribadi yang serba lengkap dengan teknologi terkini.
- Foto – The Table Isetan
Untuk pembaca DIVA yang tersayang, tingkatkan pengalaman kamu di The Table Isetan The Garden Mall dan Isetan The Japan Store menerusi aplikasi Isetan. Peroleh mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan yang dibuat di restoran The Table, yang boleh digunakan pada bil makan pada masa akan datang.
- Foto – The Table Isetan
Nikmati pelbagai faedah lain termasuk tawaran eksklusif, menerima berita dan kemas kini serta peluang peroleh mata tambahan dengan program “Invite & Earn”.
Muat turun aplikasi “The Table” di App Store atau Google Play. Maklumat lanjut mengenai aplikasi tersebut, baca [SINI].