LOEWE antara jenama beg yang sangat menitikberatkan kualiti dan seni pembuatan. Jenama ini juga terkenal bukan kerana logo tetapi bentuk, kraf dan potongan beg yang luar biasa. Ia telah menjadi statement khas pada si pemakai dan sudah tentu memberi perspektif baharu untuk high fashion.
Sebelum ini, LOEWE cukup sinonim dengan beg gajah iaitu Elephant Pocket in classic calfskin. Iaitu crossbody bag dengan pelbagai pilihan warna dan sudah tentu menjamin outfit si pemakai lebih fun.
Kini, LOEWE memilih mengabadikan si comel penguin dalam beg terbaharu mereka. Beg penguin ini juga kolaborasi LOEWE x SUn Fujita sebagai penghormatan kepada kerja artis iaitu Shohei Fujita dan Chisato Yamano.
- LOEWE Penguin bag in classic calfskin [RM6450]
Beg unik ini berwarna hitam putih dan lengkap bersama kepak, kaki dan muncung penguin. Ia boleh digayakan pada bahu, crossbody atau sekadar menjinjit. Beg ini didatangi bersama tali panjang (boleh tanggal) dan zip.
Comel kan?