Jatuh pada tanggal 5 Jun setiap tahun. seluruh dunia akan menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang isu-isu alam sekitar.
Dalam usaha kita untuk mencetuskan kesan positif terhadap alam sekitar, setiap tindakan kecil yang diambil dapat menyumbang kepada perubahan yang bermakna.
Jadi bersempena dengan Hari Alam Sekitar Dunia ini, marilah kita sama-sama jalani kehidupan yang lebih lestari, bermula daripada rumah.
Psst… Sebagai permulaan langkah kehidupan lestari, DIVA sarankan beberapa cara mudah yang boleh lakukan dalam kehidupan seharian. Salah satunya….
Pengurangan sisa di rumah & dapur
Bagi yang suka memasak, perubahan mudah dalam cara kita menyediakan atau membuang makanan, boleh membantu menjadikan dapur kita satu ruang yang lebih lestari. Memulakan taman rumah atau “home garden” kamu sendiri merupakan satu permulaan yang baik. Daripada membeli herba dan sayur-sayuran dari kedai runcit, kamu boleh mengurangkan sisa sambil menjimat masa dengan menanamnya sendiri di rumah.
- Foto – IKEA Malaysia
Biasanya kita akan membuang sisa dan bahan makanan yang lazimnya akan dihantar ke tapak pelupusan sampah. Tetapi mengitar semula sisa makanan menjadi kompos, atau menyimpan makanan berlebihan dalam peti sejuk dengan menggunakan bekas kedap udara dan kalis bocor untuk dinikmati kemudian merupakan pilihan yang lebih lestari.
Pilih & guna perabot dengan lebih lama
- Foto – IKEA Malaysia
Daripada membuang sofa, almari atau kerusi di rumah akibat rosak atau nampak buruk, apa kata kamu baikinya semula. Tukar cat atau pakukan bahagian yang perlukan pembaikan. Dengan begini, kamu dapat menjimatkan wang daripada membeli perabot baru dan dapat menggunakannya dengan lebih lama.
Sediakan stesen kitar semula sendiri
Sistem pengisihina sisa dapat membantu kamu menguruskan sisa isi rumah seperti pembungkus, kaca, kertas dan sebaginya. Caranya mudah sahaja, kamu hanya perlu sediakan bekas khusus untuk setiap bahan kitar semula dan bina satu stesen kitar semula sendiri.
- Foto – IKEA Malaysia
Setelah bekas penuh, kamu boleh ke pusat kitar semula yang terdekat. Menerusi cara ini, kamu boleh kurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.
Diet yang lebih lestari?
Mungkin ada yang pelik, sebenarnya kamu boleh jalani diet dalam cara yang lebih lestari. Bagaimana? Caranya adalah dengan memilih produk yang diperolehi dan dihasilkan secara lestari. Daripada kopi hingga ke makanan laut, daging, sayur dan sebagainya.
Di IKEA, kamu boleh mendapatkan Bebola Tumbuhan IKEA yang hanya mengandungi 4% daripada jejak iklim berbanding bebola daging klasiknya.
Penjimatan tenaga
Sekiranya kamu seorang ‘burung hantu’ atau cenderung untuk bekerja, membaca ataupun belajar di waktu malam, apa kata kamu mula gunakan mentol LED.
- Foto – IKEA Malaysia
Bagi DIVA, mentol LED bukan sahaja boleh jimatkan elektrik, malah ia boleh kurangkan tenaga daripada mentol pijar tradisional dan bertahan lebih lama. Bukan itu sahaja, kamu juga boleh melaraskan cahaya mengikut keselesaan.
Kehidupan lestari? Mulakan langkah yang kecil di rumah kamu! Semoga bermanfaat.