Sudah menjadi kelaziman setiap kali tiba musim perayaan, pusat beli belah merupakan tempat utama yang dikunjungi rakyat Malaysia untuk membeli barang persiapan serta melihat pelbagai persembahan menarik. Empire Shopping Gallery yang terletak di Subang Jaya tidak terkecuali kerana para pengunjung bukan sahaja dapat menikmati dekorasi pusat beli belah yang diinspirasikan dari seni purba China , bahkan terdapat aktiviti kraftangan tradisional khas dari negara itu. Menurut pengurusnya, Elena Lee, pusat beli-belah Empire Shopping Gallery ingin memberikan pengalaman yang berbeza buat pengunjung dan mencuba seni kraftangan unik serta mempelajari sedikit sebanyak budaya unik dari negara China.
Terdapat workshop seni kraftangan di kiosk di tingkat UG ( Concourse ) yang bermula dari 10 Januari 2014 hingga 16 Februari 2014 di antaranya :
1. Rainbow Calligraphy Seal Engraving
2. Silk Embroidery Inner Painting
3. Paper Cutting
4. Dragon Beard Candy
5. Fiber Straw Painting
6. Burning Art On Wood
Disamping itu juga, terdapat persembahan menarik pada setiap hujung minggu seperti tarian naga Double Lion Dance Blessing, persembahan akrobatik, gendang cina dan sebagainya.
Bermula 10 Januari 2014 hingga 16 Februari 2014, para pengunjung yang berbelanja RM100 di dalam satu resit akan satu set angpow eksklusif dari Empire Shopping Gallery manakala pengunjung yang membelanjakan RM288 di dalam maksimum 2 resit ( RM188 untuk pemegang kad kredit HSBC ) bakal membawa pulang set mangkuk dan chopstick sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut, layari www.esg.com.my
Pihak media juga berpeluang mencuba beberapa aktiviti kraftangan yang unik dan jarang dijual oleh peniaga tempatan. Berikut kami kongsikan gambar-gambar yang menarik sepanjang lawatan media ke pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, Subang.