Memiliki rambut panjang, lebat dan sihat memang impian setiap wanita. Tipulah kalau anda sendiri tidak terpersona melihat rambut yang mengurai terletak cantik.
Namun bukan mudah untuk menjaga rambut yang panjang. Ia memerlukan penjagaan yang rapi. Masa, wang dan ilmu tentang rambut turut menjadi asas untuk mendapatkan rambut yang menawan. Jadi tak mudah untuk jadi cantik semuanya perlu pengorbanan!
Tak wajar pula DIVA rasa kalau kita selalu rasa faktor genetik atau semulajadi jadi punca rambut seseorang itu cantik. Di zaman serba canggih, teknologi dan sains semua benda boleh jadi tak mustahil lagi.
Bagi yang teringin sangat nak rambut panjang. Nah, DIVA tampilkan tiga selebriti yang cukup beri inspirasi terbaik tentang kecantikan rambut.
Puteri Aishah
Cantik sangat Puteri Aishah! Raut wajah yang manis, berkulit sawo matang mulus dan sudah tentu rambut hitam pekat berkilau. Jika lihat di laman Instagram milik Puteri Aishah, dia memang rajin berkongsi tips dan styling rambutnya. Potongan straight cut dan half layer begini lebih mudah untuk digayakan setiap hari.
Elizabeth Tan
Penyanyi pop berketurunan Cina sering kali jadi topik panas kerana lincah dalam pergerakan tarian dan lenggok manja. Namun, DIVA tertarik dari awal kemunculan Lizzy lagi dia tidak pernah sesekali memotong rambut. Ternyata Lizzy begitu selesa dengan rambut panjang sehingga paras badan. Padan dengan personaliti yang manja, bahagian bang rambut antara signature Lizzy!
Amelia Henderson
Setiap kali DIVA singgah di akaun Instagram Amelia Henderson, memang rasa tak puas melihat content reels miliknya. Semuanya catchy, high quality dan sudah tentu Amelia perfect in any ways! Termasuklah rambutnya panjang berikal yang sering kali dibiar beralun bebas. Amelia sering tampil dengan medium curl yang menaikkan seri mukanya. Kini, si cantik Amelia debut dengan rambut warna merah. Serius cool sangat!
DIVA memang suka sangat tengok 3 selebriti diatas. Mereka pandai menjadikan rambut bukan sahaja perhiasan diri tapi personaliti diri masing-masing!
Kamu agaknya fans yang mana?