Tahniah kerana menjadi satu-satunya pereka Asia Tenggera dalam pertunjukan maya #SHEINFORALL!
Baru-baru ini pereka Miriam Omar dari Kuala Lumpur, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pertunjukan maya #SHEINFORALL Musim Bunga/Panas 2022.
Koleksi yang diberi tajuk “Walk in the Meadow” adalah koleksi yang diilhamkan daripada berjalan-jalan di waktu malam romantis di padang rumput yang dipenuhi dengan bunga liar warna-warni.
Menerusi koleksinya, Miriam mendedahkan dia menggabungkan warna dan cetakan yang diinspirasikan oleh landskap terkenal, alam semula jadi, manusia dan tekstil.
Siapa Miriam Omar?
Miriam Omar adalah artis Kuala Lumpur yang memulakan kerjayanya dalam industri kreatif dalam pemasaran dan pembangunan perniagaan. Sebelum itu, Miriam adalah artis seni sepenuh masa pada tahun 2018. Sejak daripada itu, kerjaya Miriam berkembang dan merangkumi reka bentuk tekstil, reka bentuk perabot, lukisan, ilustrasi dan mural.
Untuk keseluruhan koleksi Shein x Miriam Omar, kamu boleh lihat [DI SINI].