Setiap kali wanita India melaram dalam persalinan tradisional mereka memang cukup mempesonakan. Dengan pilihan warna dan cetakan, digabungkan bersama aksesori klasik, mereka berani mengambil risiko mengenakan rekaan yang statement dan memukau.
DIVA cukup tertarik dengan salah satu aksesori anting-anting klasik kaum ini, iaitu ‘Jhumka’. Jhumka sebenarnya bermaksud anting-anting berbentuk loceng. Menjadi kegemaran tradisional di India dan kini popular di luar negara kerana kesan gayanya.
- Foto – Pinterest
Anting-anting Jhumka adalah perhiasan abadi yang tidak pernah ketinggalan dalam fesyen atau trend. Perkara terbaik tentang Jhumka ialah kamu akan menemuinya dalam hampir semua gaya atau logam – emas, perak, teroksida atau pelbagai warna.
Untuk penampilan yang menakjubkan, kamu boleh memasangkan Jhumka dengan persalinan tradisional, ataupun santai mengikut kesesuaian. Bergaya dengan Jhumka sahaja sudah memberi statement kepada penampilan kamu.
Ambil contoh pelakon berlesung pipit yang cantik manis, Alia Bhatt. Acapkali dilihat menggayakan Jhumka bersama persalinan tradisional India yang sangat timeless.
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
Cantik sangat Alia Bhatt…