Gula-gula getah baik untuk kamu? Walhal sedari kecil kita dijaja dengan fahaman bahawa gula-gula getah tidak elok, tapi pendedahan doktor ini menceritakan benda yang sebaliknya.
Pakar pergigian ini tular di media sosial selepas mendedahkan bahawa gula-gula getah sebenarnya ‘baik’ untuk kamu, ya tak percayakan.
@thelondondentist Why did no one tell me that – Part 3 #dentist #nhs #doctor #surgeon #health #healthips #learn #learnontiktok #mouthbreathing #oralb #toothbrush
Dr Vikas Prinja yang mempunyai akaun TikTok @thelondondentist mendedahkan kenapa kita sebenarnya patut mempertimbangkan gula-gula getah bebas gula.
“Gula-gula getah bebas gula sebenarnya sangat bagus untuk kita. Ia merangsang pengeluaran air liur dan membantu melawan kerosakan gigi.”
Menurut Colgate, air liur tambahan membantu membersihkan makanan, membilas bakteria, menguatkan gigi, dan mengurangkan asid dalam mulut yang melemahkan enamel gigi.
Malangnya teori ini tidak terpakai untuk gula-gula getah yang bergula. Gula-gula ini boleh memberi kesan sebaliknya dan menyumbang kepada pembentukan plak pada gigi.