Di TikTok, wujud trend kecantikan paling pelik iaitu menggunakan pelincir sebagai primer mekap.
Primer digunakan untuk membantu mekap menjadi lebih smooth, sekata dan mengekalkan foundation terletak pada tempatnya. Malah, ia turut membantu menutup liang pori dan cela-cela di wajah.
Membantu Asas Mekap Lebih Lancar, Licin, Sekata
TikToker popular yang juga jurusolek Lukas Kohutek pertama kali menggunakan pelincir sebagai primer pada Februari 2019, tetapi teknik itu tidak mendapat banyak perhatian. Tetapi tiba-tiba ia meletup dan timbulnya hashtag #lubeprimer yang telah memperoleh lebih 8.8 juta tontonan.
@lukeketuhok This tutorial has a secret message for the haters👀💋 #lubeprimer #fyp #gay #makeuptipstiktok #boburnham #alleyesonme #makeuptutorial #makeup
Lukas mengatakan pelincir membantu asas dengan lebih lancar, licin dan sekata.
“Saya menyukai mekap saya, dan menggunakannya hampir setiap kali saya mekap.”
“Memandangkan saya mempunyai gabungan kulit berminyak dan kering, pelincir ini membantu dengan menyembunyikan tompok-tompok kering. Kulitnya kelihatan baik dan licin bila dia menggunakan pelincir sebagai primer.
https://www.tiktok.com/@seananthonyv/video/7016381110250753286?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.nylon.com%2F&referer_video_id=7016381110250753286&refer=embed
Dia juga perasan bahawa pelincir membuatkan mekapnya tahan lebih lama, kerana kulitnya cenderung kelihatan berminyak pada penghujung hari bila menggunakan primer lain.
Dermatologi Tak Berkenan Dengan Trik Aneh Ini
Dipetik dari Insider, dermatologi Dr. Geeta Yadav mengatakan menggunakan pelincir sangat ‘tidak logik’ kerana pelincir direka untuk kekal basah untuk mengelakkan geseran.
“Ia bukan satu helah yang saya galakkan kepada pengguna, terutama untuk aktiviti seharian. Semua pelincir adalah berbeza, tetapi kebanyakkannya boleh menyumbang kepada masalah kulit seperti jerawat dan kerengsaan.”
@zakheath Reply to @peepeepoopoo42002 Who came up with this 😏 #makeup #beauty #fy
Hal ini kerana formula pelincir berasaskan minyak mungkin mengandungi bahan-bahan yang menyumbat liang-liang dan menutup kesesakan, yang membawa kepada cela. Manakala, formula penyejukan atau pemanasan boleh menyebabkan ‘kerengsaan yang ketara’.
Ingat, tak semua trik viral di TikTok kita boleh ikut ye!