Selain daripada berikan gajet pada anak, kebanyakan ibu bapa akan biarkan anak menonton televisyen (TV) sepanjang hari. Asalkan tidak menganggu kerja mereka.
Walaupun TV sebenarnya memberi kesan pada perkembangan anak, tetapi ibu bapa boleh elak dengan beberapa cara.
Antaranya buka rancangan yang sesuai untuk untuk perkembangan mindanya.
Cara Pilih Rancangan TV Yang Sesuai
Menurut ahli Terapi Carakerja, Maryam Jamadi mendedahkan ibu bapa perlu mainkan peranan penting kerana otak kanak-kanak berkembang sehingga 80% semasa 3 tahun pertama.
Jadi bila kamu nak biarkan anak menonton TV, cuba dedahkan mereka dengan pelbagai rancangan TV yang bermanfaat dan sesuai untuk usia mereka.
Antara rancangan atau program yang sesuai untuk anak di bawah 4 tahun adalah masakan, laut, haiwan dan binatang, pendidikan, melukis atau mewarna, projek reka bentuk dan seni, menjahit serta sukan.
Wajib Elak Anak Daripada…
Selain itu ibu bapa juga perlu elakkan anak-anak daripada terdedah lama pada rancangan:
- Lagu kanak-kanak
- Tiada komunikasi
- Ganas
- Guna bahasa kasar atau kurang ajar
- Bercakap yang terlalu laju
- Rumit dan sukar untuk difahami.
Jadi pilih rancangan TV yang mempunyai bahasa yang mudah difahami, tidak banyak gangguan bunyi latar belakang, percakapan tidak laju serta visual atau pergerakan yang tidak laju.
Ini kerana kanak-kanak di bawah usia 4 tahun mudah meniru apa yang mereka melihat dan dengar.
8 Rancangan Netflix Yang Sesuai
Ibu bapa boleh pertimbangkan 8 rancangan di Netflix ini, sangat sesuai untuk anak yang berusia bawah 4 tahun.
#1 Hi-5
Siri Hi-5 membantu kanak-kanak membina kemahiran seperti koordinasi dan logik melalui nombor lagu dan tarian.
#2 Simon
Dengan imaginasinya, Simon si arnab mencari keseronokan sambil belajar tentang kepentingan tanggungjawab dan komunikasi.
#3 Puffin Rock
Oona, Baba dan rakan-rakan mereka belajar tentang alam semula jadi, persahabatan dan keluarga di Puffin Rock.
#4 Llama Llama
Diadaptasi dari buku kanak-kanak, Llama Llama menyentuh tentang keluarga, persahabatan dan pembelajaran tentang perkara baharu.
#5 Hey Duggee
#6 Cleo & Cuquin
Adik beradik Cleo dan Cuquin bersemangat untuk mencuba profesion yang berbeza setiap hari bagi membantu adik beradik mereka menyelesaikan masalah sambil menikmati pengembaraan baru.
#7 Treehouse Detective
Apabila rakan haiwan memerlukan bantuan, adik beradik Toby dan Teri menggunakan petunjuk dan mengikuti klu untuk menyelesaikan misteri di halaman rumah mereka sendiri.
#8 Sylvanian Families Mini Episodes Clover
Daripada mengadakan parti hingga merancang pertunjukan fesyen, keluarga arnab Hopscotch bersedia untuk melompat ke dalam pengembaraan harian di bandar manis mereka.
Rancangan-rancangan ini bukan sahaja boleh ‘mendiamkan’ anak tetapi sangat bermanfaat untuk perkembangan minda mereka. Selamat beramal!