Suatu masa dahulu kecoh dengan trend glass skin di internet. Glass skin atau kulit licin bak kaca merupakan kebanggaan orang Korea, baik lelaki mahupun perempuan sakan mahukan kulit licin flawless ini.
Kini, kamu juga boleh mendapatkan kulit licin dan lembut bak kaca seperti Orang Korea dengan Essential Eye Cream for Face dari AHC, krim 2-dalam-1 dengan pelbagai manfaat untuk seluruh wajah.
Anda tidak perlu melakukan rutin 12 langkah dan menggunakan pelbagai lapisan produk yang lain. Dapatkan kulit yang halus dan licin Korea yang anda idamkan dengan produk yang memberikan kelembapan segera yang lebih hebat berbanding krim berprestij.
Dipenuhi Dengan Bahan Yang Kaya Nutrien
Eye Cream for Face ini dipenuhi dengan bahan yang kaya dengan nutrien, seperti 12 peptida, vitamin dan asid amino untuk meningkatkan ketahanan kulit serta 7 jenis protein tumbuhan yang berkesan bagi mendapatkan kulit yang tegang.
- Foto – AHC
Bahan-bahan ini terbukti secara klinikal dapat meningkatkan paras kelembapan kulit anda sebanyak 82% hanya selepas sekali penggunaan.
Jadi apa tunggu lagi, AHC Essential Eye Cream for Face ialah krim seluruh muka yang berkhasiat dan membantu pengguna mendapatkan kulit wajah Korea yang sihat dan licin dengan mudah dalam hanya satu langkah.
Pati krim pelembap dan anti penuaan 2 dalam 1 untuk mata dan wajah ini merupakan krim untuk seluruh muka yang berkhasiat dan terbukti dapat meningkatkan kelembapan dan kelicinan kulit serta-merta sebanyak +7% selepas satu kali penggunaan.
- Foto – AHC
Kamu hanya perlu sapukan dengan lapisan nipis semalaman, dan alami kulit yang cantik dan kelihatan muda pada keesokan hari.
Essential Eye Cream for Face yang baharu disediakan dalam dua saiz, 30ML pada harga RM123 dan 10ML pada harga RM39. Produk ini boleh dibeli di Watsons, Sasa, Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo.