“Sukalah tengok rambut Blackpink Rose. Walaupun asyik berubah warna tapi nampak sihat dan cantik berkilat, apa yang dia pakaikan?”
Kamu pun boleh dapat rambut sebegitu dengan hanya menggunakan serum rambut Korea ini. Sekali pakai, rambut terus cantik, sihat dan berkilat macam buat di salon, padahal DIY di rumah.
Perfect Serum Dari Mise-en-Scène Himpunkan 7 Keajaiban Minyak
Jenama kosmetik rambut Korea Selatan, Mise-en-Scène yakin dapat memberikan yang terbaik untuk penampilan rambut sempurna seperti di salon, setiap hari dan pada bila-bila masa, di rumah atau tidak.
New Upgraded Perfect Serum ini mengetengahkan 7 jenis minyak dengan kombinasi teknologi serba canggih dalam merawat rambut yang rosak.
- Foto – Mise-en-Scène
Serum rambut no.1 di Korea ini dirumuskan untuk menjadi lebih kuat dengan 7 Golden OilTM, antaranya:
- Argan dan Marula untuk perlindungan rambut
- Olive dan Jojoba melembapkan rambut
- Kelapa untuk salutan rambut
- Aprikot memberi sinar pada rambut
- Camellia membekalkan khasiat
Golden Morocco Argan Oil mengandungi minyak terpilih yang diekstrak dari argan yang memberikan kesan perlindungan rambut.
Campuran 7 Minyak Terbukti Merawat Rambut Yang Rosak
Diformulasikan dengan campuran Golden Morocco Argan Oil, Perfect Serum terbukti dapat merawat gejala kerosakan rambut yang terbukti secara klinikal.
- Foto – Mise-en-Scène
Serum serba baru menghalang dan menyekat penyerapan zarah rambut seperti debu halus. Ia bebas dari 6 bahan kimia seperti minyak mineral, minyak berasaskan haiwan, pewarna sintetik, iimidazolidinyl urea, triethanolamine, dan polyacrylamide.
Penggunaan berterusan menjadikan rambut kuat dan elastik, lembut dan licin serta bebas kusut.
Hari ini, banyak memilih untuk melakukan sendiri dan memperbaiki rutin penjagaan rambut di rumah pada bila-bila masa untuk mengekalkan rambut yang sihat.
Jadi, dengan pertolongan Perfect Serum, rambut yang kamu idamkan seperti lembut, sihat, dan cantik bersinar dapat diperolehi pada bila-bila masa, dengan result yang cepat.
- Foto – Natural Living Ideas
Capai rambut dandanan salon setiap hari dengan Mise-En-Scène Perfect Serum!