Sekiranya kamu mahukan inspirasi tatu yang cantik, cuba lihat cadangan dua artist tattoo ini.
Menerusi YouTube AYO, Andy dan Tachi memberitahu 3 K-Pop idol ini miliki tatu yang cantik dan sesuai dijadikan sebagai inspirasi kepada orang ramai.
Lihat perkongsian di bawah.
#1 MAMAMOO Moonbyul
Secara rawaknya, Tachi mengatakan MAMAMOO Moonbyul memiliki tatu yang cantik.
“Memang nampak sangat cantik dan ringkas tatu Moonbyul!”
Memilih line work sebagai asasnya, tatu yang dicacahnya itu melukis gambar keluarganya dengan menggunakan satu garisan yang sangat nipis.
#2 HyunA
Mempunyai banyak tatu mini di badannya, HyunA dikatakan sebagai salah seorang K-Pop idol yang mempunyai tatu yang trendy dan terkini.
Tetap mengekalkan gaya yang comel dan sederhana, setiap tatunya nampak sangat ringkas dan cantik untuk diikuti oleh orang ramai.
Yang menarik perhatian adalah beberapa tatu HyunA yang berwarna pastel seperti bunga mawar dan emoji. Memang cute!
#3 WINNER Mino
Bagi K-Pop idol lelaki pula, dua artist tattoo ini mengatakan WINNER Mino mempunyai tatu yang cantik. Menampilkan tatu yang berdakwat hitam yang pekat.
“Bunga mawar biru di tulang kolarnya itu secara tidak langsung nampak sangat sesuai dan mengangumkan!”
Pada masa yang sama, Mino juga sangat berani kerana menggayakan dakwat biru terang yang menampilkan bentuk bunga mawar di tulang kolarnya.
Selain daripada itu, Andy dan Tachi juga mengatakan kebanyakan idol mencacahnya kerana ia membawa maksud yang tersendiri berbanding dengan mengikut trend.
Manakala bagi mereka yang mahu lakukan sebagai perhiasan, idol ini akan mencacahnya setelah mereka menemukan beberapa design yang sesuai dengan perwatakan mereka.
Kamu setuju tak dengan pilihan dua artist tattoo ini? Atau menurut pendapat kamu K-Pop idol yang mana memiliki tatu yang cantik?
Video penuh boleh lihat di sini: