Tak sampai tengahari, bibir kamu kelihatan kering dan pecah-pecah walaupun dah oles dengan lip balm.
Lip balm baru oleh Mentholatum yang dipanggil Tone My Lip mempunyai sifat pembetulan warna dan memberikan kesan pelembapan lembut pada bibir untuk menyerikan bibir anda.
Lip balm dengan tindakan tiga kali ganda ini berfungsi untuk membetulkan warna bibir, melembapkan bibir dengan bahan-bahan penjagaan kulit yang menghidrat dan menyaluti bibir dengan warna tipis kerana formulasi penyalutan disertakan dengan minyak bertekstur ringan.
Tone My Lip sangat sesuai untuk mereka yang tidak gemar memakai gincu kerana Tone My Lip dapat melembapkan bibir dengan mendalam dan membetulkan warna bibir dengan warna semula jadi. Bibir cantik anda akan kelihatan sihat dan berseri.
Terdapat Empat Pilihan Berbeza Yang Menarik
Setiap lip balm ini mengandungi bahan-bahan penjagaan kulit yang menghidratkan seperti Hydrolyzed Collagen dan Hyaluronic Acid dan vitamin A, C dan E berkhasiat, dan formulasi penyalutan yang memberi bibir kesan 3D yang lembut.
- Blossom Pink – Untuk Bibir Pucat
- Foto – Mentholatum
Berfungsi untuk mencerahkan bibir pucat dengan melembapkan dan membetulkan warna bibir dengan warna semula jadi untuk menjadikan bibir anda kelihatan sihat berseri.
- Bright Up Red – Untuk Bibir Gelap & Kusam
- Foto – Mentholatum
Untuk mencerahkan bibir gelap dan kusam dengan melembapkan dan membetulkan warna bibir dengan warna semula jadi untuk menjadikan bibir kelihatan sihat berseri.
- Yellow Pink – Untuk Bibir Tak Sekata
- Foto – Mentholatum
Mengimbangi dan meratakan warna bibir dengan melembapkan secara mendalam dan membetulkan warna bibir dengan warna semula jadi untuk menjadikan bibir cantik berseri.
- Green Clear – Untuk Bibir Yang Terlalu Kemerahan
Berfungsi untuk meneutralkan warna kemerahan bibir dengan melembapkan secara mendalam dan membetulkan warna bibir.
Tidak kira anda bekerja dari rumah atau keluar bersantai dengan seseorang, oleskan lip balm salap bibir Mentholatum Tone My Lip untuk memastikan bibir anda lembap dan kelihatan sihat.
Tone My Lip bebas wangian Mentholatum ini dijual pada harga RM19.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya terkemuka mulai Jun 2021.