Tak ada angin, tak ada ribu tiba-tiba mahu berpisah?
Memang mengejutkan apabila melihat ciapan yang ditulis oleh Bill Gates dan pasangannya, Melinda Gates mengenai pengumuman perpisahan mereka.
Bukan apa, hubungan mereka yang bahagia dan tiada masalah itu membuatkan ramai tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi.
Umum perpisahan di Twitter
Pada 4 Mei 2021, Bill dan Melinda telah memuat naik satu pernyataan mengenai perpisahan dan keputusan yang dibuat oleh mereka.
“Setelah bermacam-macam perkara dilakukan dan difikirkan secara mendalam, kami membuatkan keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini.”
Selain mengumumkan perpisahan mereka, Bill dan Melinda akan terus bekerjasama untuk Gates Foundation bagi membolehkan orang ramai menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.
Pada masa yang sama, mereka juga meminta orang ramai untuk memberikan ruang dan privasi pada mereka bagi menjalani kehidupan baru.
— Bill Gates (@BillGates) May 3, 2021
Khabar angin kata bekas kekasih punca perpisahan?
Sebaik sahaja berpisah dengan Melinda, Bill telah meluangkan masa bersama-sama dengan bekas kekasihnya, Ann Winblad di North Carolina.
Kalau kamu nak tahu di awal perkahwinan pasangan ini, Bill telah menetapkan beberapa syarat dan perjanjian yang pelik terhadap Melinda.
“Apabila saya berfikir untuk berkahwin dengan Melinda, saya hubungi Ann dan bertanya adakah dia membenarkan saya berkahwin atau tidak.”
Dipetik daripada Time, Ann telah memberi ‘kebenaran’ dan bersetuju untuk Bill berkahwin dengan Melinda. Sebagai balasan mereka perlu mencapai kata sepakat dalam beberapa perjanjian.
Perjanjian tersebut melibatkan rancangan Ann dan Bill bagi meluangkan masa bersama pada hujung minggu dengan kerelaan dan persetujuan daripada Melinda.
“Pada setiap musim bunga saya dan Ann akan menghabiskan hujung minggu bersama di Outer Banks, North Carolina. Kami sentiasa berkongsi pendapat dan pemikiran mengenai dunia dan diri sendiri.”
Masih simpan gambar bekas kekasih dalam pejabat
“Bill tidak menimbulkan masalah ketika kami masih menjalinkan hubungan awal dahulu”, ujar Ann.
Mengimbau kembali masa lalu, Bill memberitahu ada masanya Ann terpaksa membayar semua perkara kerana gajinya lebih tinggi pada masa itu.
Bill juga dikatakan masih menyimpan gambarnya bersama Ann ketika bercuti di Jerman dalam pejabatnya. Manakala gambar Melinda bersama-sama rakan mereka juga diletakkan dalam pejabat.
Berbalik kepada kisah perpisahan Bill dan Melinda, perincian mengenai kewangan mereka masih belum jelas. Pada masa yang sama, pasangan ini bersetuju bahawa beberapa aset tertentu adalah harta berasingan.
Apa-apa pun Wanista doakan kedua-duanya hidup dengan bahagia dan tenang selepas ini.