Malam lailatul qadar merupakan malam yang dinanti-nantikan orang Muslim pada bulan ramadhan, dan kini malam penuh berkat dan barakah ini semakin menghampiri jadi rugi bagi yang menunaikan ibadah puasa tidak rebut kebaikan penuh nikmat ini.
Pastinya ramai yang ingin mengetahui bilakah malam lailatul qadar ini dan apakah kebaikan yang terdapat pada malam lailatul qadar ini bukan? Ikuti kupasannya di bawah bersama Wanista.
Cari Malam Lailatul Qadar
- Foto – MYKMU
Tahukah kamu malam lailatul qadar ini hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja dan malam lailatul qadar ini terdapat dalam salah satu malam daripada 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan.
Oleh itu, perbanyakkan ibadah dan amalan dalam tempoh 10 malam terakhir bulan ramadhan ini bagi mengejar malam penuh berkat iaitu lailatul qadar.
Doa Malam Lailatul Qadar
- Foto – Dream
Apabila berada dalam 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan dan dipertemukan dengan malam lailatul qadar, dianjurkan membaca doa yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu Annii”
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
Kebaikan Malam Lailatul Qadar
- Foto – Detik News
#1 Amalan Kebaikan Lebih Dari 1000 Bulan
Ramai ahli ulama dan ahli tafsir berpendapat, amalan yang dilakukan pada malam lailatur qadar ini lebih baik daripada seribu bulan.
#2 Malam Turunnya Malaikat
Pada malam lailatul qadar ini merupakan malam turunnya para malaikat yang diketuai Ar-Ruuh iaitu malaikat Jibril, dengan angkatan yang besar ini para malaikat akan mengelilingi orang yang berada dalam majlis zikir, majlis ilmu.
Bukan itu saja, para malaikat juga akan mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut sehingga terbit fajar.
#3 Malam Yang Dilindungi
Dalam tafsir al-Qurtubi 20/133 ada menyatakan bahawa, pada malam lailatul qadar ini merupakan malam yang selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan kejahatan pada malam tersebut.
- Foto – Metro
#4 Catatan Tahunan Berakhir
Pada malam lailatul qadar ini merupakan malam penulisan dan catatan takdir tahunan akan diperlihatkan pada malaikat, dan catatan itu juga tertulis mengenai ajal maut, rezeki serta segala yang terjadi sepanjang setahun dalam kehidupan umat Islam itu sendiri.
#5 Diampunkan Dosa
Bukan itu saja, pada malam lailatul qadar ini juga segala dosa yang pernah dilakukan akan diampunkan oleh Sang Pencipta.
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan” hadis riwayat Bukhari r.a.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk rebut malam lailatul qadar dalam 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan ini, selamat beramal!