Waktu berputar dengan cepat, hanya tinggal masa seminggu sahaja lagi sebelum kita semua memasuki bulan Ramadan.
Untuk pengetahuan kamu, ramai yang sudah melakukan persediaan untuk menyambut bulan suci ini. Dan ada juga yang menyimpan niat untuk fokus sepenuhnya pada bulan ini.
Bagi wanita pula, memiliki telekung yang cantik dan selesa sangat penting untuk mereka beribadat. Bukan apa, jika beribadat dengan memakai telekung yang tidak sesuai dan tidak selesa boleh menganggu fokus dan khusyuk ketika beribadat.
Kali ini, Wanista mahu kongsi beberapa jenama telekung yang cantik dan selesa untuk para wanita memakainya ketika melakukan ibadat pada bulan Ramadan ini.
TELEKUNG TEA
Dikenali sebagai Telekung Era Alem (TEA), telekung jenama ini dapat memberikan keselesaan dan rekaan telekung yang sangat menarik.
Boleh didapati dalam pelbagai jenis warna, telekung TEA ini menggabungkan rekaan tradisional dan moden sesuai dengan citarasa wanita sekarang.
Beli di sini: [WEBSITE]
TELEKUNG NAJJAH
Siapa pernah sambil beribadat terutamanya ketika solat fikirkan mengenai barang yang diletakkan di atas sejadah? Bukan apa, takut hilang atau diambil orang.
Kalau kamu nak elakkan daripada berlaku kehilangan barang dan sebagainya, cubalah pakai telekung Najjah ini. Bukan sahaja selesa, malah selamat dengan adanya kelebihan poket untuk simpan barang.
Beli di sini: [WEBSITE]
TELEKUNG ZARA AWLIYA
Kalau kamu nak pakai telekung yang diperbuat daripada fabrik kapas dan sutera premium dari Jepun, cepat dapatkan telekung dari Zara Awliya ini!
Pada masa yang sama, telekung ini sesuai dan mudah dibawa ke mana sahaja kerana set telekung ini didatangi dengan beg travel yang sangat menarik.
Beli di sini: [WEBSITE]
TELEKUNG DE HUMAIRA
Boleh tahan ‘leceh’ kalau terlupa bawa telekung ketika keluar atau melancong. Dengan telekung De Humaira, kamu tak perlu lagi risau.
Direka khas untuk dibawa ke mana sahaja termasuklah ke masjid, telekung jenama ini memiliki kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Yang penting ringkas, selesa dan mesra perjalanan.
Beli di sini: [WEBSITE]
TELEKUNG SITI KHADIJAH
Memang tak pernah mengecewakan, jenama telekung Siti Khadijah ini boleh dikatakan sering menjadi topik perbualan setiap wanita.
Jenama ini memiliki pelbagai keistimewaan yang menarik perhatian wanita seperti fabrik yang berkualiti, rekaan yang terkini, ruang bentuk muka yang selesa, sulaman dan warna yang pelbagai.
Beli di sini: [WEBSITE]
TELEKUNG BELLA AMMARA
Menjadi pilihan kebanyakan muslimah, telekung Bella Ammara ini memang menjadi top list untuk dibeli.
Tak kiralah sama ada untuk beribadat, telekung jenama ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan hantaran. Dengan fabrik yang berkualiti dan sejuk, telekung ini didatangi dengan beg tangan kecil untuk memudahkan penggunanya bawa ke mana sahaja.
Beli di sini: [WEBSITE]
Memang cantik-cantik dan nampak sangat selesa telekung ini. Selain fabrik yang digunakan, rekaan telekung ini pun buatkan si pemakai nampak sangat eksklusif.
Bagi kamu yang tidak mempunyai telekung baru untuk bulan Ramadan ini, apa kata kamu beli salah satu daripada jenama ini. Happy shopping!