Berasa insecure dan tidak selesa dengan dahi jendulnya, seorang model telah menghabiskan satu dekat untuk menutupnya dengan rambut.
Mempunyai dahi yang besar sebanyak 2cm lebih daripada purata wanita di Amerika, model ini telah mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.
Bayar RM29K untuk pembedahan
Camilla Coleman Brooks, 26 tahun menyatakan dirinya memang tidak berasa selesa dan sentiasa insecure setiap kali mahu berjumpa dengan orang.
Menjadi seorang model pula sudah semestinya dia perlu memberikan penampilan dan gaya yang terbaik. Tetapi dengan memiliki dahi jendul, semuanya menjadi terbatas.
“Sebelum ini saya terpaksa menutup dahi dengan fringe atau topi bagi menyembunyikannya.”
Melihatkan ‘seksaan’ yang dihadapinya itu, Camilla nekad untuk melakukan pembedahan untuk memendekkan saiz dahinya dengan harga RM29K bagi keseluruhan proses.
Tak perlu tutup dengan rambut atau topi
Menjalani pembedahan yang berlangsung selama 2 1/2 jam itu, ia melibatkan pembuangan dahi sebanyak 3cm dan garis rambut dibawa ke hadapan bagi memendekkan dahi.
Berkongsi berita gembira itu di TikTok, Camilla menyatakan kini dahinya hanya berukuran sebanyak 5.5cm sahaja berbanding sebelum ini.
“Saya sangat gembira dengan hasilnya sekarang selepas melakukan pembedahan kerana tidak perlu lagi bergantung kepada topi mahupun rambut untuk menutupnya.”
Camilla juga berkongsi selepas melakukan pembedahan, dia harus memakai pembalut di kepalanya.
Kesan pembedahan tersebut, dia tidak dapat menggerakkan kening dan ianya kembali normal selepas beberapa hari.
“Selain daripada kening saya, bahagian dahi juga terasa seperti ‘lumpuh’. Tetapi doktor memberitahu ianya akan sembuh dan normal selepas beberapa minggu”
Perkongsiannya itu di media sosial sedikit sebanyak mendapat komen negatif daripada pengikut dan pengguna lain.
https://www.tiktok.com/@camillacolbro/video/6934183929389911302?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.ladbible.com%2F&referer_video_id=6934183929389911302&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893908700412200449
Tetapi Camilla tidak mengendahkannya malah bersangka mungkin sesetengah orang tidak pernah mendengar atau tahu kewujudan prosedur ini.
Bagi kamu pula, kamu sanggup melakukan pembedahan untuk buang dahi jendul?