Aplikasi sugar baby semakin banyak terpampang di papan iklan di jalan raya dengan megahnya, hal ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada masyarakat untuk menjadi ahli kepada aplikasi ini secara terangan.
Apatah lagi ramai mahasiswa dan mahasiswi Malaysia, terjebak dalam kitaran hubungan tidak sihat ini dengan menggunakan aplikasi sugar baby yang ada di negara ini.
Sugar Baby Sasar Penuntut Universiti Dan Kolej?
- Foto – Asia One
Kewujudan aplikasi sugar baby seolah-olah, mensasarkan pengguna dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai masalah kewangan.
Dengan konsep sebegini semakin ramai penuntut universiti dan kolej tertarik untuk menggunakan aplikasi ini, atas nama untuk mencari duit poket lebih, membiayai pelajaran dan menampung kos kehidupan.
Jumlah Pengguna Makin Naik Masa Pandemik
- Foto – Malay Mail
Dipetik dari Berita Harian, ramai sebenarnya individu dari kalangan para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) mendaftar untuk mencari sugar daddy semasa pandemik ini.
Bukan itu saja, dalam aplikasi Sugarbook saja menunjukan peningkatan sebanyak 40 peratus pendaftaran pengguna baharu semasa penularan Covid-19 ini.
Ini menunjukan ramai pelajar dari golongan intelektual ini memilih gaya hidup tidak bermoral ini, atas nama desakan kehidupan semasa pandemik ini.
Semakin Berani Pampang Iklan Merata Malaysia
- Foto – Buletin TTKM/mStar
Selain itu, pengiklanan aplikasi yang tidak bermoral ini kelihatan semakin berleluasa walhal sejak tahun 2019 lagi pihak berkuasa sudah memberi amaran.
Tetapi ianya masih tetap berleluasa dan terpampang megah di jalanraya dan ini juga antara punca semakin ramai individu terjebak dengan aplikasi ini.
Cari Jalan Tangani Wabak Sugar Baby
- Foto – Gulapop/DMARGE
Melihat rekod-rekod jumlah pelajar IPT yang terjebak dalam kancah gaya hidup tidak sihat ini, membuatkan orang ramai terutama golongan ibubapa berasa risau akan masa depan anak masing-masing.
Apatah lagi ramai dikalangan penuntut IPT di Malaysia ini mendaftar menjadi sugar baby, berikut antara senarai universiti dengan jumlah pengguna yang ramai mendaftar menjadi sugar baby.
- Universiti Sunway – 3105 pelajar terjebak
- Universiti Antarabangsa INTI – 2624 pelajar terjebak
- Universiti Taylor – 1696 pelajar terjebak
- Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman – 1600 pelajar
- Universiti Malaya – 1280 pelajar terjebak
- Universiti Monash – 960 pelajar terjebak
- Universiti Lim Kok Wing – 864 pelajar terjebak
- Universiti Nottingham – 832 pelajar terjebak
- Universiti Multimedia – 768 pelajar terjebak
- Universiti Teknologi MARA – 704 pelajar terjebak
- Foto – Insider
Dengan rekod pendaftaran pengguna dalam aplikasi sugar baby yang ada di Malaysia ini, pihak berkuasa kerajaan, dan badan-badan NGO di Malaysia.
Dan juga bersama-sama pihak Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), akan berusaha mencari jalan bagi menangani wabak sugar baby dari terus berleluasa di Malaysia.