Solat tapi tengok porno? Jangan pelik kerana hal ini memang berlaku dikalangan masyarakat kita, sambil menunaikan amalan ibadah masih ada yang tidak boleh lari dari terjebak dengan maksiat dunia.
Jadi apa perlu diri kita lakukan, adakah dengan perbanyakkan lagi amalan ibadah atau ada cara lain yang boleh mencuci minda dan diri dari memikirkan perkara berkaitan dengan pornografi?
Jangan khuatir kerana Ustaz Don Daniyal berkongsi beberapa tips bagaimana nak upgrade diri, dari terus melakukan maksiat ataupun memikirkan hal berkaitan dengan maksiat.
https://www.instagram.com/p/CKT8UcGAJWY/
Solat Jangan Tinggal
- Foto – Harian Metro
Walaupun kerap melakukan hal-hal yang menjerumus ke arah kemaksiatan, solat jangan tinggal kerana dengan solat inilah untuk diri meminta pengampunan dari Sang Pencipta.
Penghayatan Ibadah Kepada Yang Maha Esa
- Foto – Wallpapertip
Dalam bingkisan nasihat yang diulas oleh Ustaz Don dalam video yang dikongsikan oleh Dakwah Sentap di atas, Ustaz Don memberi ringkasan mengenai penghayatan.
Jika penghayatan dipandang dalam aspek alam percintaan, perkataan “I Love You” saja seolah-olah sudah cukup membuat hari kita merasa gembira.
- Foto – Rumah123
Tetapi apabila berada dalam fasa di alam perkahwinan pula perkataan “I Love You” itu saja tidak cukup, penghayatan “I Love You” harus ditunjukkan dengan menyediakan rumah, makan minum, dan kasih sayang barulah hubungan bahagia.
Begitu juga ketika melakukan ibadah solat, penghayatan solat yang dilakukan adalah kerana Yang Maha Esa dan dengan menghayati amal ibadah barulah diri serta kehidupan jadi aman damai.
Kena Kerap Lakukan Ibadah
- Foto – Popbela
Selain itu, Ustaz Don juga berkata jangan kerana melakukan maksiat diri tidak mahu mengamalkan ibadah solat. Sebaliknya disebabkan diri kamu telah melakukan maksiatlah, lagi kerap kamu kena lakukan amal ibadah.
Dengan ini diharap segala amalan yang dilakukan dapat menyucikan segala dosa-dosa yang telah dilakukan, dan mendapat pengampunan dari Allah S.W.T.
- Foto – Ilmu Alam
Baik buat lelaki mahupun wanita, kita semua dapat meng-upgrade diri untuk menjadi insan yang rajin dan setia mengamalkan ibadah kepada Yang Maha Esa.
Dan dalam masa yang sama baiki diri, dengan menghayati apa yang telah dikongsikan oleh Ustaz Don seperti dinyatakan di atas.
Selamat beramal♥