Pernah dengar tentang The Grand Gateway iaitu nikmati makan malam sambil melacong ke luar negara oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur?
Baru-baru ini, penulis sudah mencuba The Grand Gateway dan pengalamannya sangat best dan tidak mengecewakan!
Maklumlah dengan keadaan dunia sekarang, hampir keseluruhan negara terjejas dan lebih menyedihkan, kebanyakkan kita tidak dapat melancong ke luar negara seperti kebiasaannya.
Tetapi kamu jangan risau. Dengan kerjasama daripada syarikat event management yang terkenal iaitu MD Events Asia Sdn. Bhd., orang ramai boleh menikmati semula pengalaman ke luar negara sambil ‘terbang’.
Persekitaran
Bertempat di Grand Ballroom di Grand Hyatt Kuala Lumpur, para pelanggan boleh menikmati suasana yang sama seolah-olah mereka berada di lapangan terbang.
Pada bahagian pintu masuk, para pelanggan boleh melihat jam yang menunjukkan beberapa zon waktu antarabangsa, skrin tentang maklumat penerbangan, landasan pelepasan dan juga kaunter tiket untuk check-in!
Manakala highlight of the night di bahagian dalam ballroom ini, kamu boleh melihat susunan tempat duduk yang menggunakan kerusi kapal terbang yang sebenar daripada Malaysian Airlines.
Persekitaran ini menjadikan para pelanggan benar-benar berada dalam kapal terbang.
Para pelanggan juga diberikan pengalaman maya 360° iaitu mereka akan merasai pengalaman tersebut di samping penggunaan teknologi LED serta audiovisual yang direka khas.
Lokasi
Dibawa terbang ke lima lokasi pelanggan boleh merasai pengalaman ke Tokyo, San Francisco, Moscow, Venice dan Kuala Lumpur.
Untuk setiap lokasi ini, para pelanggan akan menjamu selera dengan makanan yang disediakan khas oleh chef-chef khas sambil melihat visual negara dan tarikan di skrin LED 360° ini.
Di setiap lokasi ini, mereka dapat melihat beberapa lokasi hotspot dan beberapa fakta menarik tentangnya di samping mendengar lagu-lagu klasik yang dimainkan mengikut setiap lokasi berikut.
Hidangan
Setiap menu yang dihidangkan mengikut lokasi disediakan oleh chef-chef yang pakar untuk berikan pengalaman makan malam yang sangat istimewa.
Tokyo
Dimulakan dengan hidangan pertama iaitu dari Tokyo. Pelanggan boleh menikmati hidangan mereka iaitu Japanese Scallop dengan Wakame, lobak putih, Sesame dan Shoyu Dressing.
San Francisco
Hidangan kedua pula, pelanggan akan menikmati California Clam Chowder.
Moscow
Terkenal di Moscow, pelanggan akan diberikan hidangan Forest Berry Sorbet. Rasa-rasa sejuk, manis dan masam ini sangat sesuai untuk para pelanggan menikmatinya sebelum hidangan utama.
Venice
Hidangan utama makan malam ini adalah Oven Baked Lamb Rack, Lemon, Herbs, Sauteed Garden Greens, Truffle Mashed Potato dan Thyme.
Tidak perlu lagi ke Venice untuk hidangan ini kerana di The Grand Gateway sahaja kamu sudah boleh menikmatinya.
Kuala Lumpur
Sebagai pencuci mulut pula, pelanggan boleh menikmati Mochi, Sundae, Ms. Pavlova, Tiramisu dan Sago Gula Melaka.
Setiap satu pencuci mulut ini sangat sedap dan membawa pelanggan untuk mempunyai memori yang sangat indah tentang Kuala Lumpur.
Pakej
Untuk hidangan ini, penulis menikmati hidangan daripada pakej Premium Economy Class.
Dan untuk pengetahuan kamu, ada tiga pakej yang boleh dipilih oleh para pelanggan seperti;
Premium Economy Class (RM 450 / Early Bird: RM350)
Bagi pelanggan yang memilih Premium Economy Class, kamu akan dapat 5 jenis hidangan dan air untuk bukan alkohol. Bagi mereka yang menginginkan minuman berakohol, hanya tambah sebanyak RM100 sahaja untuk menikmatinya.
Business / First Class (RM 650 / Early Bird: RM 550)
Bagi pakej ini pula, pelanggan akan dihidangkan dengan menu elit iaitu 5 hidangan khas tanpa air untuk bukan alkohol.
Pelanggan juga akan diberikan akses selama satu jam di Go Grand Premium Lounge (tingkat 37) untuk koktel pre-boarding.
(Tambah sebanyak RM100 untuk menikmati minuman berakohol)
Junior Class (RM 250 / Early Bird: RM 200)
Pelanggan yang memilih pakej ini akan diberikan menu Junior iaitu 5 hidangan khas dengan air untuk bukan alkohol. Pakej ini hanya sesuai untuk pelanggan berumur 3 tahun sehingga 12 tahun.
Harga Early Bird:
Untuk para pelanggan yang ingin dapatkan harga Early Bird, tempahan makan malam ini hanya sah daripada 16 Disember 2020 sehingga 31 Disember 2020 untuk menikmati makan malam di antara 22 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021.
(Tawaran tidak akan diberikan pada tarikh 24, 25 dan 31 Disember 2020 dan 14 Februari 2021)
Promosi Kod Istimewa:
Dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021, kamu berpeluang menikmati tawaran sebanyak 20% ketika menempah. Hanya masukkan kod “FLY20” pada akhir tempahan di laman web rasmi The Grand Gateway.
TEMPAH [DI SINI]