Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa dalam kandungan.
Selepas dilahirkan mereka tetap mendapat antibodi tambahan iaitu melalui air susu ibu. Tetapi untuk kedua-dua situasi, ini hanyalah bersifat perlindungan sementara sahaja.
Jadi untuk melindungi dan menjaga anak-anak kamu sama ada bayi, kanak-kanak mahupun remaja, mereka mestilah diberikan vaksin untuk memberi kekebalan kepada sistem imun dalam melawan penyakit.
Apa Sebenarnya Vaksin?
Vaksin ini sebenarnya menggunakan sejumlah kuman yang mati atau lemah yang disebabkan oleh beberapa penyakit.
Walaupun ia mengandungi kuman seperti virus atau bakteria, vaksin ini tidak akan menyebabkan penyakit atau membahayakan komplikasi badan.
Melalui suntikan, oral atau semburan melalui hidung, kuman ini dimasukkan ke dalam badan untuk merangsang sistem kekebalan badan untuk bertindak balas seolah-olah ianya seperti jangkitan sebenar.
Apabila badan bertindak balas dengan kuman tersebut, ia akan mengatasi jangkitan dan mengingati kuman itu. Jika badan kamu masih mendapat penyakit yang sama, antibodi dalam badan kamu dapat melawan kuman tersebut.
Vaksin ini bertujuan untuk melatih sistem ketahanan badan kamu untuk membuat antibodi. Antibodi ini pula akan diaktifkan apabila badan terkena penyakit. Jadi vaksin apa yang sesuai untuk anak kamu? Untuk ibu bapa, kamu perlu tahu tentang ini.
Jenis Vaksin
Selepas Lahir
Sebelum keluar daripada hospital, setiap bayi yang dilahirkan akan menerima vaksin hepatitis B (HepB). Hepatitis B ini adalah penyakit yang menular yang disebabkan oleh jangkitan virus hepatitis B.
1-2 Bulan
Pada umur 1 bulan sehingga 2 bulan, anak kamu perlu diberikan dos kedua hepatitis B dan beberapa jenis vaksin lain seperti:
- Rotavirus
Diberikan kepada kanak-kanak dalam bentuk titisan iaitu sebagai vaksin oral, ia adalah untuk mengelakkan jangkitan rotavirus yang menjadi penyebab kanak-kanak menjadi cirit birit.
- Diptheria, Tetanus dan Pertussis (DTaP)
Diphteria dan pertussis adalah whooping cough yang merebak melalui sentuhan manusia, manakala tetanus iaitu lockjaw merebak melalui luka di badan.
Kanak-kanak pada kebiasaannya akan mendapat 5 dos vaksin sebelum mereka berusia tidak lebih daripada 7 tahun iaitu pada usia 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 15-18 bulan dan booster pada usia 4-6 tahun.
- Haemophilius Influenzae Type B Conjugate (Hib)
Bukan suntikan selesema, vaksin ini adalah untuk melindungi badan daripada penyakit Hib iaitu penyebab utama bacterial meningitis.
- Pneumococcal Conjugate (PCV)
Vaksin ini melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit pneumococcal termasuklah pneumococcal pneumonia, bacteremia, meningitis dan otitis media iaitu jangkitan di bahagian tengah telinga .
- Inactive Poliovirus (IPV)
Inactive poliovirus ini adalah vaksin untuk melindungi badan daripada terkena penyakit polio.
4 Bulan
Ketika kanak-kanak ini berusia 4 bulan, mereka akan mendapat semula dos vaksin kedua semasa mereka berusia 2 bulan seperti rotavirus, DTaP, Hib, PCV dan IPV.
6 Bulan
Ketika kanak-kanak berusia 6 bulan, mereka akan menerima dos vaksin ketiga iaitu:
- HepB
- DTaP
- PCV
- Hib
Pada usia ini juga, anak kamu akan menerima vaksin selesema yang pertama dan akan diberikan sekali lagi selepas 4 minggu. Dan kemudiannya anak kamu akan menerima vaksin selesema ini hanya sekali untuk setahun.
12 Bulan
Ketika anak kamu berusia 12 bulan, mereka akan menerima vaksin keempat iaitu DTaP, Hib, PCV dan beberapa vaksin seperti:
- Campak, Mumps dan Rubella (MMR)
Vaksin ini perlu diambil oleh anak kamu kerana ia dapat mengelakkan anak kamu daripada terkena tiga jenis penyakit ini iaitu campak, mumps dan rubella.
- Varicella
Varicella ini adalah sejenis vaksin untuk mengelakkan anak kamu daripada terkena penyakit cacar air.
- Hepatitis A (HepA)
Vaksin ini adalah untuk mengelakkan anak kamu daripada terkena jangkitan hati yang disebabkan oleh virus hepatitis.
15-18 Bulan
Pada usia ini, anak kamu akan menerima kembali beberapa suntikan seperti:
- HepB
- DTaP
- Hib
- PCV
- IPV
- MMR
- Varicella
- HepA
- Vaksin selesema
2-3 Tahun
Pada usia ini, anak kamu disyorkan untuk menerima Meningoccocal Vaccine (MCV). Ini kerana penyakit ini adalah penyebab utama bacterial meningitis yang berlaku di antara usia 2 bulan sehingga 18 tahun.
Meningitis ini adalah jangkitan cecair yang berada di sekitar otak dan saraf tunjang. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan anak kamu mempunyai jangkitan dalam darah.
11-12 Tahun
Untuk anak yang berusia di antara 11-12 tahun, mereka akan menerima vaksin seperti:
- Tetanus-Diphtheria-Acellular Peruses (Tdap)
Tdap ini adalah gabungan vaksin yang melindungi badan daripada terkena penyakit tetanus, diphtheria dan pertussis. Pada usia ini, mereka akan menerima satu dos vaksin.
- Meningococcal (MCV4)
MV4 ini akan disyorkan kepada anak kamu ketika pemeriksaan kesihatan semasa mereka berusia 11 sehingga 12 tahun.
- HepB
Di antara usia ini, anak kamu akan menerima dos ketiga HepB dan disyorkan kepada mereka yang tidak menerimanya pada sebelum ini.
- Human Papillomavirus (HPV)
HPV ini adalah vaksin untuk kanser serviks. Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 kali dalam tempoh enam bulan dan sangat disyorkan untuk diambil sama ada remaja lelaki atau perempuan.
- Gardasil & Gardasil-9
Vaksin Gardasil dan Gardasil-9 ini bertujuan untuk melindungi remaja lelaki atau perempuan daripada terjadinya ketuat kelamin.
Sebagai ibu bapa, kamu perlu memantau kesihatan anak-anak kamu dan mengetahui jenis vaksin apa yang perlu diterima oleh mereka. Vaksin ini diberikan sebagai salah satu alternatif untuk membantu sistem imun dalam badan mereka kebal.