Sekarang macam-macam snek kulit ikan ada terjual di pasaran, jenama Irvins, Cik B, dan pelbagai lagi.
Siapa yang tak skakan snek kulit ikan, kudapan rangup yang menjadi pilihan rakyat Malaysia hari ini. Sambil menonton Netflix, krup krap kita mengunyah snek kulit ikan, memang nikmat yang amat.
Tapi sihat ke kalau kita kerap sangat makan snek kulit ikan? Bayangkan saja snek kulit ikan digoreng rangup yang telah disalut tepung, garam dan MSG, confirm tidak bagus untuk kesihatan.
Manfaat Pada Kulit Ikan
Secara umumnya, kulit ikan diakui bagus untuk manfaat kesihatan. Hal ini kerana ia mengandungi beberapa nutrisi, antaranya:
- Protein
- Omega-3
- Vitamin D
- Vitamin E
- Sodium
- Selenium
- Taurin
- Foto – Arkib Wanista
Bila Dijadikan Snek, Buruk Pada Kesihatan
Namun kepada kamu yang ketagih dengan snek kulit ikan, awas kerana pengambilan snek kulit ikan mempunyai beberapa mudarat yang disebabkan oleh cara penyediaannya.
Snek ini dimasak dengan cara digoreng dan disalut dengan serbuk telur yang kemudiannya digaul dengan pelbagai serbuk perasa dan perisa bagi memberi rasa.
Ia mungkin akan membuat snek lebih sedap namun tidak sihat jika diambil ekoran tambahan pelbagai bahan perasa dan perisa yang tidak sihat.
- Foto – Time Out
Akibatnya, snek ini akan tinggi kandungan garam yang ternyata boleh menyebabkan darah menjadi pekat lantas meningkatkan tekanan darah anda.
Dalam pada itu, ketahuilah juga bahawa segala makanan yang bergaram wajar dielakkan oleh penderita tekanan darah tinggi, buah pinggang, strok dan jantung.
Facebook Public Health Malaysia Kata Tak Bagus
Facebook Public Health Malaysia sendiri ada menjelaskan kenapa kita kena berpada-pada makan snek kulit ikan.
- Tinggi kandungan garam
- Tinggi kandungan lemak
- Tinggi kalori
- Mengandungi MSG
- Menggunakan pengawet
- Terlalu banyak bahan perasa & perisa
- Foto – FB Public Health Malaysia
Dapat disimpulkan snek kulit ikan bukanlah satu kudapan yang sihat ekoran cara penyediaannya. Walaupun kulit ikan bagus, tapi dek kerana kehadiran pelbagao rencah akan menyebabkan ia menjadi tinggi kandungan garam.
Nak makan boleh tapi berpada-pada. Zaman sekarang macam-macam penyakit boleh terhasil daripada cara pemakanan yang tidak sihat.
Jadi, jaga kesihatan semua.