Majlis perkahwinan antara anak jati negeri Johor iaitu Illi Najwa Anuar Hussin Saddique, yang berusia 27 tahun bersama jejaka pilihan Manpreet Singh Pawar yang berasal dari India.
Suami Illi yang merupakan atlet sukan hoki negara berkenaan, mengadakan majlis perkahwinan yang penuh dengan kontroversi panas hingga membabitkan pegangan agama.
Video majlis perkahwinan merpati dua sejoli ini mendapat perhatian orang ramai terutamanya rakyat Malaysia, kerana pasangan ini melangsungkan perkahwinan mengikut adat orang India termasuklah perbuatan menyembah.
Dan aksi ini membuatkan ramai orang di Malaysia tertanya-tanya status diri wanita muda ini.
Illi Najwa Tidak Murtad, Akui Kejahilan Diri Dan Suami
- Foto – Oh My Media
Menurut petikan dalam Malaysia Gazette, Illi Najwa yang melangsung perkahwinannya bersama pemain hoki negara tersebut mengakui kesilapan diri dan suaminya.
Majlis resepsi yang diadakan secara tertutup di Mithapur Jalandhar, Punjab, kini menjadi bualan ramai kerana tersebarnya video rakaman majlis perkahwinan tersebut di internet.
- Foto – The Klasik
Apa yang menjadi tanda tanya rakya Malaysia terutama yang beragama Islam membuat andaian bahawa wanita tersebut telah murtad.
Tetapi berdasarkan kenyataan Illi yang diberikan dalam saluran media tempatan, menegaskan bahawa dirinya tidak murtad.
Dan suaminya juga telah memeluk agama Islam, serta mereka telah bernikah pada 16 Disember tahun lalu. Illi dan suaminya memohon maaf atas kekhilafan dan kejahilan mereka berdua atas majlis perkahwinan yang dijalankan.
Buat Majlis Secara Tertutup Kerana Sedar Bahananya
- Foto – MYKMU
Menyedari kesan majlis perkahwinannya itu pada masyarakat terutama yang beragama Islam, memilih untuk melakukan majlis secara tertutup.
Tetapi perkara yang tidak diingini tetap berlaku jua, video perkahwinannya tersebar luas di media sosial dan namanya, suami serta ahli keluarga terbabit sama.
Illi memaklumkan dalam MyMetro, bahawa dirinya berserta suami berharap berita hangat ini segera ditarik balik.
Majlis Terpaksa Berjalan Mengikut Cara Sana
Illi yang sedar akan berita ini terhadap orang ramai menyatakan bahawa dirinya dan suami tidak mempunyai pilihan, dan seorang pengguna Facebook iaitu Noor Syuhada Binti Azis berkongsi pandangannya terhadap isu panas ini.
Syuhada yang juga berkahwin campur bersama pasangannya yang merupakan seorang pemain kriket dan atlet negara India, menjelaskan kemungkinan sebab Illi mengadakan majlis sebegitu adalah demi menjaga hati keluarga mertua dan juga nama baik suaminya.
Nafi Diberi Layanan Istimewa Terbang Ke India Masa Pandemik Untuk Berkahwin
- Foto – Arkib Wanista
Selain isu pegangan akidah dan agama, terdapat isu lain yang menjadi kontroversi adalah bagaimana wanita berusia 27 tahun ini mendapat kebenaran untuk terbang ke India bagi langsungkan majlis perkahwinan semasa pandemik ini.
Illi yang juga merupakan anak saudara Menteri Perpaduan Negara iaitu Datuk Halimah Mohamed Sadique ini, membuatkan orang ramai tertanya-tanya jika Illi mendapat layanan istimewa yang lalu membenarkan wanita ini terbang ke India semasa pandemik.
- Foto – Soya Lemon
Dalam petikan The Star, Illi memaklumkan bahawa dirinya tidak menerima sebarang layanan istimewa meskipun dirinya merupakan anak saudara Kementerian Perpaduan Negara.
Menurut Illi lagi dirinya menjalani prosedur yang sah untuk terbang ke India dan perjalanan tersebut adalah sah tanpa sebarang layanan istimewa hanya kerana dirinya anak saudara seorang menteri.