Rasa seperti mahu bercuti dan menikmati pastri serta pencuci mulut yang sedap? Apa kata kamu pergi bercuti di Penang dan menikmati pastri dan pencuci mulut di sana.
Penang yang terkenal sebagai syurga makanan, selain nasi kandar kamu juga boleh menikmati makanan Barat, termasuklah pastri dan pencuci mulut kegemaran kamu.
Membayangkannya sahaja sudah kecur air liur, cuba kamu lihat beberapa bakery dan kafe di sekitar Penang yang menyediakan pelbagai jenis pastri dan pencuci mulut yang sedap.
Dibuat dan dibakar pada hari yang sama, penulis sudah boleh hidu bau enak pastri dan pencuci mulut ini dalam kepala. Buat kamu yang mempunyai rancangan ke Penang, lihat beberapa bakery dan kafe ini!
China House
Dikatakan sebagai bakery yang paling lama dan terbesar di Penang, China House adalah hotspot untuk masyarakat dan pelancong untuk menikmati pencuci mulut tanpa henti.
Bangunan dua tingkat ini menyediakan hampir 30 jenis kek setiap hari. Paling laris dijual adalah kek Tiramisu yang terdiri daripada cip coklat yang pekat dan lapisan yang dibuat daripada mascarpone yang diapit di antara dua kek span yang nipis.
Bergantung kepada pilihan peribadi, kamu boleh mendapatkan pelbagai jenis kek versi kahlua-spiked atau kopi tanpa alkohol.
Alamat: 153, Beach St, 10300 George Town, Penang
Waktu: 9 am-1 am (Setiap Hari)
No. Telefon: 04-263 7299
Le Petit Four Patisserie
Le Petit Four Patisserie merupakan sebuah kafe yang menggunakan konsep industrial-minimalist yang selesa dengan pelbagai cahaya yang semula jadi.
Kafe ini juga terkenal dengan croissant yang dibuat dan dibakar secara fresh setiap hari. Ketika memakannya, pasti kamu berasa seperti di Paris!
Dalam kafe ini juga, kamu boleh melihat beberapa tukang roti sedang menyediakan pelbagai pencuci mulut yang dibuat secara fresh dan dibakar setiap hari.
Alamat: 310, Lebuh Pantai, 10300 George Town, Penang
Waktu: 9 am-9 pm (Jumaat-Selasa)
No. Telefon: 04-226 2289
The Maker
Selain Le Petit Four Patisserie, kamu boleh menikmati pastri Perancis di The Maker. Terletak di Georgetown, kafe ini adalah salah satu lokasi yang memberikan ketenangan kepada kamu.
Pelbagai pastri dan pencuci mulut yang disediakan secara fresh setiap hari kamu boleh menikmati menu paling popular mereka iaitu cruffin yang menggabungkan crossaint dan muffin.
Alamat: 243, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang
Waktu: 12 pm-7 pm (Ahad-Khamis) | 12 pm-10 pm (Jumaat-Sabtu)
No. Telefon: 016-2143243
Le Bread Days
Bertapak di Petaling Jaya, kini Le Bread Days dibuka di Penang. Kalau ke kafe ini, kamu patut mencuba Crossaint Egg Salted Molten mereka yang dibuat dan dibakar pada setiap hari.
Pada setiap gigitan, kamu boleh merasa telur masin yang terkandung dalam crossaint memberikan rasa yang lengkap dan sedap! Kamu juga boleh mencuba signature mereka seperti kek coklat dan banyak lagi.
Alamat: 272, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang
Waktu: 9 am-6 pm (Setiap Hari)
No. Telefon: 014-7561341
La Vie En Rose Patisserie
La Vie En Rose Patiesserie ini dibuka oleh pasangan suami isteri iaitu Gauvain dan Evon. Mereka yang terkenal dalam customisable menara avant-garde madeleine, sering mendapat banyak tempahan daripada pelanggan terutamanya mereka yang ingin meraikan majlis hari jadi.
Selain kek madeleine, kamu boleh menikmati beignet mini eksklusif dan donat Perancis yang boleh didapati dalam pelbagai perisa.
Senang untuk dijumpai oleh pelancong, kafe ini dihiasi dengan warna merah jambu dan terletak di tengah-tengah Penang.
Alamat: 19, Lebuh Melayu, 10100 George Town, Penang
Waktu: 10:30 am-7 pm (Selasa – Ahad)
No. Telefon: 014-333 6480
Black Kettle
Bertempat di dalam sebuah bangunan bersejarah, Black Kettle adalah salah satu kafe yang terbesar di Georgetown. Dalam kafe ini, kamu boleh melihat pembahagiannya seperti kaunter roti, kafe dan bistro.
Buat peminat pencuci mulut, kamu boleh meluangkan masa dengan menikmati baguette klasik dan roti yang popular seperti roti gandum dan roti Normandy.
Untuk sebilangan besar roti yang disediakan, mereka menggunakan kultur bakteria yang disebut sebagai Levain yang dapat menarik rasa yang sebenar tanpa bergantung pada instant yeast.
Alamat: 105 Beach Street, 10300 George Town, Penang
Waktu: 9 am-11:30 am (Ahad – Khamis) | 9 am-12 am (Jumaat – Sabtu)
No. Telefon: 04-251 9270
Moody Cow Cafe Penang
Di sebalik namanya, kafe ini telah membawa cheesecake yang unik ke tahap yang baru dengan ciptaan yang terbaik.
Kaya dengan cheese, kafe ini menjadi lokasi yang sesuai untuk penggemar keju. Cheesecake yang paling laris di kafe ini adalah Cempedak Madness yang terdiri daripada dua lapisan coklat, buah cempedak, krim keju dan topping krim.
Dekorasi kafe yang memberikan privasi kepada pelanggannya, kamu boleh menikmati cheesecake yang sedap sambil menikmati sofa yang empuk dan chandeliers tergantung yang memberikan pencahayaan yang romantik.
Alamat: 170 Transfer Road, 10050 George Town, Penang
Waktu: 11 am-12 am (Setiap Hari)
No. Telefon: 04-226 2646
Nampak sangat sedap bukan? Kalau kamu bercuti ke Penang, jangan lupa untuk mencuba setiap pastri dan pencuci mulut ini.