Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Hanis Zalikha? Daripada menjadi seorang blogger sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya, namanya tidak lagi asing dalam negara.
Dalam pada masa yang sama, jika kamu search nama @HanisZalikha, dia juga sebenarnya seorang influencer yang mempunyai hampir 6 juta pengikut di Instagram.
Apa yang membuatkan ramai mengikuti akaun tersebut?
Kalau kamu mengikutinya, pasti pelbagai manfaat boleh diperolehi daripada Instagram miliknya. Daripada resepi masakan harian, makanan bayi sehinggalah tips tentang rumah semuanya dikongsi oleh Hanis.
Siapa Hanis Zalikha?
Pada awalnya, Hanis Zalikha atau mesra dikenali sebagai Keknis merupakan seorang pelajar dan blogger aktif di Ini Belog Saya. Menerusi blog miliknya, kamu boleh dapati pelbagai jenis tips berkaitan dengan pembelajaran, penjagaan diri bagi wanita dan rutin hariannya.
Menggunakan lenggok bahasa yang bersahaja, tidak hairanlah blog miliknya mendapat pengikut yang ramai. Sejak daripada situ, Keknis mula menceburi bidang permodelan dan lakonan.
Selepas beberapa tahun, Keknis menjadi seorang pengasas bagi jenamanya sendiri iaitu Cakenis dan Toujours Advanced. Jenama Cakenis mahupun Toujours Advanced, kedua-dua jenama ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat dan mendapat permintaan yang tinggi.
Bagi jenama Cakenis, dia telah mengeluarkan rangkaian tudung dan pakaian renang yang khas dibuat untuk wanita muslimah. Manakala bagi Toujours Advanced, ia adalah sebuah makanan tambahan untuk para wanita dan lelaki malah kini dikeluarkan untuk kanak-kanak.
Apa Yang Menarik Di Instagram Hanis Zalikha?
Jika kamu belum megikutinya di Instagram, sebenarnya kamu dalam kerugian. Ini kerana Keknis sering berkongsi tips di mana kamu sendiri tidak akan menjangkakannya.
Tetapi jika kamu sudah mengikutinya sejak dari zaman Keknis menulis blog, pasti pelbagai manfaat dan tips yang berguna boleh diperolehi.
Kongsi Resepi Masakan
Jika kamu seorang wanita yang baru belajar memasak, tidak salah tempat kalau kamu mahu belajar resepi-resepi yang mudah untuk beginner.
Menerusi perkongsian Keknis di Instagram’s stories, pelbagai jenis resepi masakan yang mudah dan sangat sesuai untuk kesemua wanita malah lelaki.
Daripada tips menggoreng ayam sehinggalah makanan western, setiap hari pasti kamu akan menikmati masakan yang mudah disediakan dan paling penting sedap!
Resepi Makanan Bayi
Bagi para ibu, pasti sedikit susah untuk memikirkan menu yang sesuai untuk dimakan oleh bayi.
Ada sesetengah bayi, mereka sangat susah untuk makan makanan yang disediakan, jadi Keknis telah kongsi beberapa menu makanan yang menjadi kegemaran anaknya serta berkhasiat.
Selain beberapa menu yang sedap dimakan, bayi kamu pun boleh mendapatkan nutrisi yang lengkap daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tips Dekorasi Dan Penjagaan Rumah
Sangat susah untuk maintain rumah dalam keadaan yang kemas apabila mempunyai anak-anak yang masih kecil. Jadi, menerusi Instagram Keknis, dia berkongsi beberapa tips dalam menjaga rumah untuk sentiasa kelihatan kemas dan teratur.
“Untuk anak kecil, seperti Yusuf pada mulanya Keknis akan biarkan dia bermain dengan barang-barang termasuklah barangan yang fancy sehinggalah bersepah. Selepas itu, Keknis akan buat-buat terkejut dan beritahu bahawa dia tidak boleh buat macam itu dan itu barang-barang Keknis. Jadi Yusuf akan faham sendiri dan tidak akan kacau”
Berbeza dengan ibu bapa sekarang, ramai yang akan memarahi secara terus terhadap anak-anaknya tetapi Keknis menggunakan kaedah yang berlainan untuk mengajar anaknya.
Bagi tips dekorasi rumah, Keknis selalu mengatakan dia sering melihat kepada perkara yang dia mahu. Selarikan pendapat dengan suami untuk mengelakkan salah faham. Cuba untuk meminimumkan barangan dalam rumah walaupun ingin kelihatan eksklusif dan kemas.
Tips dekorasi yang kamu boleh tiru daripada Keknis, sering melihat dan mencari idea-idea untuk menghias rumah sama ada daripada Pinterest, Google atau mana-mana sahaja.
Aktiviti Untuk Anak
Jika kamu perasan, Keknis sering berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya. Seperti Yusuf, walaupun dia sering menonton televisyen, tetapi ia ditetapkan pada waktu-waktu tertentu. Selalunya dia akan menghabiskan masa dengan membaca buku dan mempelajari perkara yang baharu.
Keknis selalunya akan memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang minda kanak-kanak supaya lebih berfungsi dan cepat dalam mengendali dan memahami situasi.
Walaupun aktiviti yang dilakukan kelihatan sangat biasa untuk para ibu bapa yang lain, percayalah sebenarnya ia sangat bagus untuk anak kamu.
Tidak rasa rugi sedikit pun jika mengikuti Hanis Zalikha di Instagram. Dari tips resepi masakan sehinggalah ke perihal dalam menjaga anak dan rumah, semuanya sangat bermanfaat untuk golongan wanita malah juga lelaki.
Jadi, kalau belum follow di Instagram, pastikan kamu lakukan sekarang!