Walaupun kafein adalah pembekal tenaga yang hebat, tetapi ia juga dapat mendorong keinginan untuk buang air besar.
Anda pernah rasa nak buang air besar atau perut meragam sejurus meneguk secawan kopi?
Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia dapat mengaktifkan kontraksi pada otot usus anda. Pengecutan pada usus mendorong kandungan ke arah rektum, yang merupakan bahagian terakhir saluran pencernaan anda.
Penyelidikan menunjukkan bahawa kafein menjadikan kolon 60% lebih aktif daripada air dan 23% lebih aktif daripada minuman tanpa kafein.
Kopi Boleh Merangsang Hormon
Kopi khususnya terbukti dapat merangsang hormon yang membantu mendorong makanan melalui usus. Sebagai contoh, ia dapat meningkatkan tahap hormon gastrin. Seperti kafein, gastrin menjadikan kolon lebih aktif.
- Foto – Taste of Home
Satu kajian mendapati bahawa minum kopi biasa atau tanpa kafein menaikkan kadar gastrin masing-masing sebanyak 2.3 dan 1.7 kali, berbanding air minum. Lebih-lebih lagi, kopi boleh meningkatkan tahap hormon pencernaan cholecystokinin (CCK).
Hormon ini bukan sahaja dapat meningkatkan pergerakan makanan melalui usus, tetapi juga dikaitkan dengan refleks gastrokolik, yang menjadikan usus lebih aktif.
Susu atau Krim Boleh Galakkan Pergerakan Usus
Kopi yang mengandungi susu atau krim boleh mencetuskan masalah pencernaan pada orang dengan intoleransi laktosa. Ini boleh meningkatkan aktiviti usus dan merangsang keinginan untuk buang air besar.
Hampir 65% orang di seluruh dunia tidak dapat mencerna laktosa dengan betul. Orang ini selalunya mengalami gejala seperti kembung, kekejangan perut atau cirit-birit sejurus selepas mengambil susu.
- Foto – Good To Know
Ini bermaksud laktosa dapat menggerakkan keinginan untuk membuang kotoran pada orang yang mengalami intoleransi laktosa.
Nota : Intoleransi laktosa adalah keadaan di mana tubuh tidak dapat menyerap laktosa. Laktosa ialah sejenis gula yang terdapat secara ekslusif di dalam susu dan produk tenusu.
Adakah Kopi Buat Semua Orang Rasa Nak Membuang?
Menurut satu kajian, 29% orang mengalami peningkatan keinginan untuk buang air kecil dalam masa dua pulun minit setelah minum kopi. Dan mengejutkan 53% datangnya dari wanita yang terkesan.
Wanita mungkin lebih terdedah kepada gejala ini, kerana keadaan pencernaan seperti sindrom iritasi usus lebih kerap berlaku pada wanita pada lelaki.
- Foto – health.com
Keseluruhannya tidak semua semua akan mengalami keadaan ini selepas minum secawan kopi. Orang yang mengalami masalah pencernaan, seperti IBS – irritable bowel syndrome, dan mereka yang tidak bertoleransi laktosa mungkin lebih cenderung mengalaminya.