Kalau bercakap pasal fesyen orang Muslim atau apa-apa yang berkaitan dengannya, ramai akan membayangkan pakaian yang hanya membaluti badan dan tiada aksesori yang menggambarkan personaliti si pemakai.
Berbeza dengan sekarang, ramai pereka fesyen Muslim telah mengubah kembali apa yang dimaksudkan dengan Muslim dalam dunia moden dengan mengekspresikan diri secara kreatif dan authentic.
Mereka yang dapat membuktikan jenama-jenama fesyen ini bukan sahaja terkenal dalam masyarakat, malah peringkat antarabangsa. Pelbagai pilihan gaya moden yang dapat membolehkan setiap Muslim kelihatan bergaya dan sesuai juga dipakai oleh mereka yang bukan Islam.
Jadi, cuba lihat beberapa jenama fesyen ini di mana mungkin kamu mengenalinya atau tidak tahu yang ianya dimiliki oleh orang Islam.
Louella – Ibtihaj Muhammad
Ibtihaj Muhammad adalah seorang atlet wanita Muslim-Amerika yang bertanding dalam Olimpik 2016 dan memakai hijab pada ketika itu.
Pada tahun 2014, Ibtihaj telah membuka sebuh rangkaian jenama fesyen dan aksesorinya iaitu Louella.
Jenama ini bukan sahaja menawarkan pakaian yang sesuai untuk wanita Muslim malah beliau juga menawarkan pelbagai pilihan gaun, pakaian dalam dan tops yang sesuai dan bergaya.
Verona Collection – Lisa Vogl
Untuk mengatasi jurang di pasaran, Lisa Vogl adalah seorang jurugambar terkenal yang menyedari bahawa modest wear sangat mahal dan tidak bergaya.
Verona Collection yang ditubuhkan pada 2011 telah berkembang pesat dalam dunia fesyen malah ianya menjadi modest wear yang pertama dipasarkan di Marcy, iaitu sebuah gedung membeli-belah di Amerika.
Nzinga Knight New York – Nzinga Knight
Mempunyai reka bentuk yang elegan dan moden, Nzinga Knight adalah seorang pereka fesyen yang memenangi anugerah Emmy Project Runaway.
Kesungguhan dan bakat yang luar biasa membuatkan beliau menarik perhatian pereka terkenal seperti Marc Jacobs. Nzinga Knight New York ini adalah sebuah jenama yang menyatukan dunia fesyen Muslim dengan fesyen luar.
Modanisa – Kerim Ture
Ditubuhkan pada tahun 2011 di Istanbul oleh Kerim Ture, Modanisa adalah sebuah syarikat turki yang menawarkan pelbagai pakaian dan gaya serta sesuai untuk mereka yang memerlukan saiz tambahan.
Dalam jangka masa yang pendek, Modanisa berkembang dengan pesar apabila mempunyai lebih daripada 16 juta pelawat dari seluruh dunia melalui aplikasinya.
Noon – Noor
Bertapak di Bahrain, jenama Noon by Noor ini ditubuhkan oleh Shaikha Noor Al Khalifa dan Shaikha Haya Al Khalifa pada tahun 2008.
Pada tahun 2012, duo ini telah membuat persembahan fesyen yang menarik di New York Fashion Week di mana mereka menampilkan koleksi musim bunga.
Jenama ini juga telah mendapat perhatian dan dipakai oleh beberapa selebriti seperti Jeniffer Lopez dan Blake Lively.
Aab – Nazmin Alim
Dilancarkan pada tahun 2007 secara dalam talian, dalam masa yang singkat jenama Aab ini telah mendapat pengiktirafan secara global sebagai salah satu jenama fesyen yang sederhana.
Nazmin Alim yang merupakan tulang belakang jenama ini telah menekankan konsep kesederhanaan, gaya dan keselesaan pada si pemakai.
Lyra Swimwear – Ikram Zein
Sangat susah dan memenatkan bagi wanita Islam yang ingin berenang di pantai atau di kolam. Tiada pakaian yang sesuai dan mengambil masa yang lama untuk memakai pakaian renang dan baju yang besar bagi menutup aurat.
Ikram Zein iaitu pereka fesyen Britain telah melancarkan pakaian renang yang sesuai untuk wanita Islam yang ingin berenang atau bermain di tempat awam secara terbuka.
Mementingkan konsep tutup aurat bagi wanita Islam, Lyra Swimwear telah mendapat perhatian ramai wanita Islam di dunia.
Memang susah untuk mencari pakaian yang dapat menutup aurat dan sesuai dengan ciri-ciri Islam. Dengan adanya beberapa jenama terkenal yang menembusi peringkat global, ini membuktikan bahawa pasaran orang Islam juga dapat berkembang dengan pesat.