Selalu sangat tengok orang buat DIY Beauty Tips dengan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur. Tak semuanya boleh digunakan sebagai kecantikan. Kalau tersilap guna, boleh rosak muka tau!
Kalau nak juga DIY, tolong elakkan bahan-bahan ini kalau tak mahu muka yang sudah cantik menjadi rosak.
#1 Baking Soda
Sering digunakan sebagai bahan skrub wajah, ia dicampurkan dengan air ataupun jus lemon bagi menghilangkan blackhead. Jika anda kerap menggunakannya ia akan membuatkan kulit jadi kering dan iritasi kerana tidak sesuai dengan kulit muka.
#2 Kulit Kayu Manis + Bawang Putih
Anda tidak boleh menggunakan serbuk kulit kayu manis dan bawang putih kerana gaubungan ini akan membuatkan kulit anda terbakar, pedih dan iritasi.
#3 Ubat Gigi
Ramai orang selalu letak ubat gigi dekat jerawat kan? Jangan sesekali buat macam tu kerana ubat gigi mempunyai pH yang tinggi. Diformulasikan hanya untuk gigi bukannya muka, nanti tak sampai hujung bulan muka dah melecur.
#4 Lemon
Minum air lemon selepas bangun tidur memang ada khasiatnya. Tetapi jika pakai di muka, tiada khasiatnya. Ini kerana jus lemon mempunyai asid yang tinggi. Kalau diletakkan di muka, tak pasal kulit muka terbakar.
#5 Cuka
Terdapat beberapa jenis cuka seperti cuka dapur dan cuka epal, kebanyakkan tahu cuka epal boleh membuatkan kulit lebih cantik. Berfungsi mengurangkan jerawat dan membuang sel kulit mati, berhati-hati dalam menggunakannya. Jangan terlebih penggunaan, takut kulit menjadi iritasi dan breakout.
#6 Garam & Gula
Sering digunakan sebagai skrub, anda perlu tahu garam dan gula tidak sesuai! Skrub berfungsi untuk menghaluskan kulit tetapi tekstur garam dan gula yang tajam dan kasar boleh membuatkan kulit menjadi luka. Menjadi pantang larang untuk mereka yang berkulit sensitif, jangan sesekali gunakan garam dan gula.
Ingat! Sebelum buat apa-apa DIY berkaitan dengan kecantikan, selidik terlebih dahulu sama ada bahaya atau tidak. Sayang kulit kalau sudah cantik tetapi rosak disebabkan nak ikut trend DIY Beauty Tips menggunakan bahan-bahan di dapur.