Segala rancangan percutian menenangkan diri serta fikiran pasti terkubur. Penularan Covid-19 di seluruh negara telah membataskan pergerakkan setiap orang untuk bercuti.
Menurut kajian lebih daripada 48% responden berasa cemas dan tertekan kerana tidak dapat bercuti dan melancong. Rupanya percutian dapat memberikan kesan kepada kesihatan mental.
#1 TEKANAN
Melalui percutian, badan dan fikiran akan menjadi segar semula, santai dan pulih daripada keletihan. Hasilnya anda akan mendapat semangat dan beberapa idea baharu yang segar selepas kembali daripada percutian panjang.
Kegembiraan ketika bercuti dapat meredakan tahap tekanan yang dihadapi iaitu dengan merendahkan tahap kortisol yang membuatkan anda berasa tenang.
#2 MENGHIDUPKAN SEMULA DIRI
Bercuti dalam atau luar negara dapat membuatkan anda menilai dan menciptakan semula kehidupan anda. Ketika bercuti, anda akan dapat merasakan fikiran anda bebas dan sihat kerana ia dapat meningkatkan cara anda berfikir serta belajar bahawa dunia ini tidak berputar di sekeliling anda sahaja.
#3 MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN
Pergi bercuti bermaksud anda tidak perlu ke kerja, ini mengubah gaya hidup harian anda dengan meningkatkan mood dan keyakinan. Ketika bekerja, anda hanya berada di satu tempat yang membuatkan anda berasa terperangkap sehingga mempengaruhi mood dan kesihatan mental anda.
Pada satu tahap tertentu, kreativiti anda akan terhenti. Jadi, penting untuk merancang percutian untuk membantu diri anda, kesihatan dan mood untuk menjadi lebih baik.
#4 KETAHANAN MENTAL
Teruja ketika bercuti di tempat baru memberikan kesan kepada kesihatan mental. Anda dapat mempelajari tentang kehidupan dengan lebih banyak. Apabila menghadapi kesukaran, anda boleh memahami apa itu kehidupan dan bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam situasi tersebut.
#5 KREATIVITI
Setiap perjalanan percutian, kreativiti anda dapat diransang apabila terlibat secara tidak langsung dengan masyarakat lain. Apabila berlakunya komunikasi, anda boleh mengasah kreativiti anda dengan cara belajar dan berfikir.
Setelah kembali daripada percutian, ia bukan sahaja meningkatkan produktiviti, malah kemahiran menyelesaikan masalah dan kesihatan mental anda.
Ketika Covid-19 masih lagi menular, anda boleh menukarkan kediaman anda menjadi tempat percutian yang terbaik. Jika anda menyukai makanan di sesuatu tempat percutian kesukaan anda, belajar cara untuk memasak makanan tersebut dan olah untuk mendapatkan holiday vibe di rumah anda sendiri!