Dunia fesyen kini sedang hangat mengembalikan pemakaian ‘ugly sandal’ dalam industri fesyen bagi tahun 2020 ini. Ramai pereka fesyen mengadakan pertunjukan fesyen dengan menghasilkan busana yang boleh disuai padan dengan sandal old school ini.
Kini pemakaian ugly sandal sebagai fesyen harian, menjadi ikutan ramai dan trending di seluruh negara. Tetapi ada juga wanita yang tidak berani untuk memakai sandal ‘lapuk’ tersebut, sama ada digunakan untuk ke pejabat, berlibur hatta ke restoran sekalipun!
- Foto – Arkib Wanista
Sebenarnya tak susah pun nak bergaya, berfesyen sambil mengenakan sandal ugly ini. Apa yang penting adalah pemilihan fesyen mengikut keperluan dan juga jenis warna, serta rekaan baju dan sandal yang dipilih.
Jom lihat beberapa tips berfesyen sambil memakai sandal ini.
#1 Bergaya sakan dengan one piece sut pejabat
Pilih one piece sut pejabat dengan satu warna, tidak mempunyai corak yang sarat kemudian padankan dengan sandal rona warna kontra. Ringkas bukan?
- Foto – Arkib Wanista
#2 Jumpsuit pun okay dengan sandal old school
Tampil santai dengan fesyen jumpsuit kosong atau bercorak sambil dipadankan dengan sandal satu warna seperti ini.
- Foto – Arkib Wanista
#3 Siapa kata pakai dress tak sesuai digayakan dengan sandal buruk?
Tak kisahlah nak pakai dress corak bunga, geometri, kosong, melintang, lurus hatta kotak-kotak sekalipun, semua sesuai digayakan dengan sandal old school ini.
- Foto – Arkib Wanista
#4 Seluar jeans dan sandal adalah best buddy kamu!
Tiada apa yang paling sesuai dengan fesyen berseluar jeans sambil memakai sandal ugly, cukup stailo okay!
- Foto – Arkib Wanista
#5 Skirt item terbaik untuk berfesyen
Tak kisah skirt labuh atau pendek, kedua-duanya boleh dipadankan dengan kasut sandal biasa ini.
- Foto – Arkib Wanista
#6 Tampil sempoi dengan seluar slack
Sandal boleh dipadankan dengan apa jua fesyen dan pemakaian seluar slack salah satu darinya, so be bold woman!
- Foto – Arkib Wanista
#7 Alahai sweetnya dengan fesyen kot labuh
Padankan sandal dengan kot kosong sudah cukup membuatkan hari kamu lebih ceria dan sempoi.
- Foto – Arkib Wanista
#8 Sumpah cool pakai sandal corak strap dengan fesyen ringkas
Gandingkan sandal bercorak strap dengan fesyen ringkas, mengikut rona warna sandal baru masuk dan menarik.
- Foto – Arkib Wanista
#9 Stokin dan sandal, why not?
Gayakan sandal dengan memakai stokin mengikut warna sandal itu sendiri atau mengikut warna pakaian yang kamu pakai, dua-dua pun boleh tak ada masalah.
- Foto – Arkib Wanista
#10 Sempoi bergaya dengan seluar tracksuit dan sandal
Pilih sandal rona kontra jika kamu memakai seluar tracksuit kosong. Manakala jika kamu memakai seluar tracksuit bercorak, kamu boleh padankan sandal dengan rona warna sama dengan corak seluar kamu.
- Foto – Arkib Wanista
Jadi lepas ini tak perlu rasa takut untuk bergaya sambil memakai sandal ugly atau jenis old school ini. Lagipun sandal ini sesuai dipakai untuk apa jua acara atau program, yang penting kamu kena yakin barulah kamu tak rasa awkward dengan fesyen kamu sendiri.