Siapa suka makan daging salai kita geng!
Terbayang-bayang bau asap daging salai yang semerbak harum menusuk hidung, membuatkan perut berkeroncong lapar menahan rasa.
Keenakan daging salai tak usah di sebut memang ada saja peminat hidangan ini di serata Malaysia betul tak? Tapi mana nak cari daging salai yang betul-betul sedap dan terbaik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini. Ikuti penulis mencari lokasi syurga makanan di bawah.
#1 Molek Cafe KL
Di Molek Cafe KL ini menyajikan daging salai, itik salai, ayam salai, dan ikan keli salai buat peminat makanan salai di Kuala Lumpur ini.
Pelbagai menu dari pantai timur ditawarkan di kafe ini seperti masak lemak gulai cili padi, kari, masak singgang dan banyak lagi.
Alamat: 27. Jalan Bachang, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
No tel: 018-3686857 [SINI]
Sosial Media: Instagram [SINI], Facebook [SINI]
#2 Teraso Salai
Satu lagi tempat untuk di terjah adalah Teraso Salai, di mana kedai ini menyajikan masakan sedap dan padu! Teraso Salai menyajikan menu daging salai, itik salai, ayam salai, dan ikan keli salai dalam masakan masak lemak cili api.
Kalau nak tahu krew-krew produksi dan bintang drama bersiri popular ‘Nur’ pun dah pernah makan menu daging salai yang disajikan oleh Teraso Salai ini, memang terliur tengok mereka makan.
Alamat: Restoran Gerak 23 atau Lot 144 A, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur
No Tel: 017-4153027
Sosial Media: Instagram [SINI], Facebook [SINI]
#3 Dapur Sabak Salai
Nah ini satu lagi lokasi restoran wajib terjah hujung minggu ini iaitu Dapur Sabak Salai, di mana segala menunya terutama masak lemak cili api adalah resepi turun temurun pemilik restoran dari Kundur Hulu Rembau, Negeri Sembilan.
Siapa yang nak rasa kaw daging atau itik salai masak lemak cili api, ini antara salah satu lokasi untuk kamu jejak.
Alamat: No 41, Jalan 7/7C, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
No Tel: 013-4812131 [SINI]
Sosial Media: Instagram [SINI], Facebook [SINI]
#4 Restoran Rebung Chef Ismail
Siapa pernah jejak ke Restoran Rebung Chef Ismail di taman botani, pasti tahu di sana terdapat menu daging salai masak lemak yang sedap untuk di cuba
Di restoran milik Chef Ismail bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (sejak 2004) ini, menyajikan banyak hidangan yang lazat-lazat dengan pelbagai variasi hidangan untuk di pilih. Jadi jangan ketinggalan untuk mencuba menu daging salai di taman botani hujung minggu ini nanti.
Alamat: 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat, Bukit Aman 59000, Kuala Lumpur
No Tel: 03-22763535/2525
Sosial Media: Instagram [SINI], Facebook [SINI]
https://www.instagram.com/p/B_38qkbF-RM/
#5 Salai Salai
Restoran Salai Salai menyajikan masakan istimewa seperti masak lemak cili api untuk daging salai, itik salai, ayam salai, ikan keli salai dan ikan talapia salai serta makanan barat.
Sebenarnya banyak lagi menu yang ditawarkan di restoran ini tapi apa yang istimewanya di restoran ini adalah hidangan salai masak lemak cili api. Serius kena cuba!
Alamat Petaling Jaya: 1-G, Jalan PJS 5/28, Pusat Perdagangan PJS, Petaling Jaya 46150, Selangor
No Tel: 019-3151202
Alamat Sri Rampai: No 7, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur
No Tel: 012-3047997
Sosial Media: Instagram [SINI], Facebook PJ [SINI], Facebook Sri Rampai [SINI]
#6 Salai Master Damansara
Kamu rancang nak berjalan di Damansara? Dah alang-alang singgah makan tengah hari di restoran Salai Master Damansara, untuk menikmati daging salai masak lemak cili api padu sambil mendengar lagu secara live di sana.
Bukan restoran biasa-biasa selain menyajikan pelbagai hidangan salai yang lazat, mereka juga memberi hiburan kepada pengunjung menerusi live band, gempak bukan?
Alamat: Jalan Masjid, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor
No Tel: 013-2862279
Sosial Media: Instagram [SINI], Facebook [SINI]
#7 Raja Salai Shah Alam
Orang Shah Alam malas jalan jauh-jauh cari daging salai? Nak sedap, cepat dan dekat pergilah ke restoran Raja Salai Shah Alam.
Memang puas hati menu makanan salai dia, antara menu yang ditawarkan adalah daging salai, itik salai, ayam salai dan ikan keli salai masak lemak cili api padu!
Alamat: Kiosk A2, Shah Alam Walk, Jalan Masjid, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
No Tel: 013-6060050 [SINI]
Sosial Media: Instagram [SINI], Facebook [SINI]
Bagi yang dah lama teringin nak makan daging salai atau menu salai yang lain bolehlah terjah restoran-restoran di atas hujung minggu ini nanti.
Selamat mencuba!