Dengan pelaksanaan Pemulihan Perintah Kawalan Pergerakan (RMCO), lebih ramai rakyat Malaysia mula bekerja dan kembali ke rutin harian mereka. Itu bermakna, setiap rakyat Malaysia akan bekerja dan hidup dalam norma baru dengan mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP), iaitu dengan memakai topeng muka pada setiap masa di khalayak ramai.
Tetapi tidak bermaksud dengan memakai topeng anda tidak boleh jadi cantik!
Milani Cosmetics mendorong setiap wanita untuk mencari sesuatu yang membuatkan anda berasa selesa dan sentiasa cantik.
Ketika memakai topeng muka, anda boleh mengenakan sesuatu yang sederhana tetapi masih lagi menonjolkan identiti anda seperti eyeshadow sesuai untuk mengekspresi diri atau dengan solekan mata dan pakaian anda.
APA ITU MILANI COSMETICS?
Milani Cosmetics merupakan satu jenama yang berasal dari timur Los Angeles, California. Milani berkembang sebagai satu perniagaan keluarga yang memulakan perniagaannya di kalangan orang-orang terdekat seperti kejiranan.
Pengasasnya, Laurie Minc mengajar seni di dalam bandar. Minatnya terhadap seni dan merupakan seorang yang mementingkan keperincian, telah dimasukkan ke dalam produk Milani. Jenama ini merupakan jenama kecantikan yang kecil di bandar industri Vernon. Milani menjual produk yang highly pigmented iaitu vegan dan bebas daripada kekejaman.
MILANI’S EYE BEST
Milani Cosmetics dapat membantu anda meningkatkan ekspresi diri dengan produk Milani’s Eyes Best yang menjadikan diri anda eksklusif.
#1 GILDED EYESHADOW PALLETE
Harga: RM 114.50
Fierce foils, kilauan yang menonjol dan formula silky-mattes yang membuatkan penampilan anda sentiasa cantik dan sesuai untuk semua jenis majlis.
#2 MOST WANTED LASHES – LAVISH LIFT & CURL MASCARA
Harga: RM 55.25
Anda menginginkan curl segera? Milani Lashes Lavish Lift & Curl mempunyai formula high-impact yang membuatkan bulu mata anda melengkung, menebal dan diangkat segera sehingga menunjukkan mata yang lebar.
#3 STAY PUT MATTE 17HR WEAR LIQUID EYELINER
Harga: RM 40.45
Eyeliner ini sangat berpigmen dan matte. Eyeliner ini merupakan kalis air yang menampakkan hasil yang mewah dan ia cepat kering. Jika anda memakai eyeliner ini, rupa anda akan kelihatan sangat menarik dan cantik.
https://www.youtube.com/watch?v=b3rsSJeFu5k
#4 EASYBROW AUTOMATIC PENCIL
Harga: RM28.60
Easybrow Automatic Pencil adalah rahsia untuk setiap kening wanita kelihatan cantik. Anda boleh menggunakan spoolie pada bahagian bertentangan dengan pensel untuk merapikan kening anda bagi menampakkan hasil penampilan yang bergaya dan professional.
Sekiranya anda memakai koleksi Milani’s Eyes Best, penampilan anda akan menonjol dan menarik perhatian orang sekeliling walaupun anda hanya memakai topeng muka.
Jika anda ingin membeli Milani Cosmetics, produk ini hanya terdapat di Watsons yang terpilih dan watsons.com.my.