Kekangan masa mungkin sukar untuk anda semua melakukan senaman dengan kerap dan sekali gua menurunkan berat badan.
Terfikir juga, adakah cara nak mendapatkan berat badan ideal tanpa melakukan sebarang senaman? Kita google…
Tahukah teknik mandi dengan air panas dan sejuk secara bergilir bagus untuk kesihatan tubuh badan. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan berlebihan tetapi juga mengelakkan penyakit seperti aritmia, obesiti, hipertensi, selulit dan melancarkan fungsi vegetovaskular.
Today Show mendapati bahawa dengan melakukan trik ‘Mandian 90 Saat’ sebagai rutin mandian harian adalah bagus untuk badan anda secara menyeluruh.
Lakukan rutin yang biasa anda lakukan, seperti syampu, perapi, membasuh, mencukur, dan lain-lain, tetapi sebelum anda melangkah keluar, cuba lakukan trik hidroterapi panas dan sejuk ini:
1. Buka shower air sejuk sekuat yang mungkin, dan berdiri di bawah air itu selama 30 saat.
2. Kemudian, beralih kepada air panas — panas yang boleh anda tahan — untuk 30 saat. Ia akan membuka kapilari, meningkatkan aliran darah dan menyediakan rangsangan deria.
3. Akhir sekali, kembali kepada air sejuk untuk satu lagi pusingan selama 30 saat.
Bukan sahaja anda akan menjadi segar dan bersedia untuk melalui hari anda, tetapi pelbagai kajian menunjukkan bahawa teknik ini juga boleh membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak dan juga membantu melawan kemurungan.
Tahukah muslihat ini dilakukan oleh Victoria Beckham setiap hari. Lihat dia kekal bertenaga melakukan aktiviti harian walaupun mempunyai empat orang anak, staminanya masih kuat di samping maintain berat badan.
Bagaimanapun, harus diingati jika punya waktu lapang, lakukan senaman untuk pastikan tubuh sentiasa aktif dan sihat.
Semoga info ini bermanfaat untuk korang semua!