Tular di laman media sosial di mana netizen menyuarakan rasa panik mereka terhadap penutupan cawangan MPH di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa cawangan di negeri yang lain. Hal ini berlaku ekoran penularan pandemik Covid-19 yang menular di Malaysia.
Demi menjaga keselamatan rakyat, kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang penularan virus maut ini tersebar dan kesannya kedai buku kegemaran ramai ini menerima tempias kerana hasil jualan terjejas.
Berikut adalah beberapa cawangan MPH yang sudah dan bakal ditutup berdasarkan perkongsian netizen di laman media sosial mereka.
- MPH Amanjaya
- MPH Sunway GEO
- MPH SACC Mall
- MPH MYTOWN
- MPH JB City Square
- MPH Kinta City
- MPH MYDIN MITC
- MPH Taman Universiti
- MPH Subang Parade
Senarai cawangan kedai buku MPH yang ditutup. Tutup kedai, bukan tutup syarikat.
– MPH AMANJAYA
– MPH SUNWAY GEO
– MPH SACC
– MPH MYTOWN
– MPH JB CITY SQUARE
– MPH KINTA CITY
– MPH MYDIN MITC
– MPH TAMAN UNIVERSITI
– MPH SUBANG PARADE— Khair Zawawi (@khairzawawi) May 29, 2020
Ekoran musim pandemik yang dialami negara pada ketika ini membuatkan banyak perusahaan besar dan kecil terjejas teruk dan kedai buku MPH ini juga antara salah satu darinya.
Meski netizen faham atas kesulitan yang dihadapi oleh MPH ketika ini, tetapi rasa sedih tetap menerpa di hati pencinta buku tegar yang bertahun-tahun mengunjungi kedai buku kegemaran mereka.
Banyak cawangan MPH yang bakal tutup melakukan jualan murah dengan diskaun sebanyak 70 peratus bagi penghabisan stok sebelum menutup cawangan.
Pencinta buku tegar MPH berharap agar MPH akan bangkit semula dan beroperasi seperti sedia kala apabila semuanya pulih seperti biasa.