Ikan pari sedap dibakar dan dibuat asam pedas.
Tapi masalah bila kita makan ada mengeluarkan satu rasa yang kurang menyenangkan, malah makan rasa semacam – seakan-akan bau hancing orang perempuan period. Penulis pasti anda pernah merasainya.
Tahukah orang tua-tua cakap ikan pari hancing disebabkan datang bulan. Tapi ikan pari bukan macam manusia tiap-tiap bulan haid, mereka setahun mungkin dua hingga tiga kali saja.
Bukan itu saja, banyak lagi benda menarik tentang ikan pari yang tidak diketahui..
#1 Ikan pari melahirkan anak sekali setiap tahun. Ikan pari betina mampu melahirkan anggaran dua hingga enam ekor anak yang mana ianya mampu hidup sekitar 15 sampai 25 tahun dalam habitat.
#2 Ikan pari berkait rapat dengan keluarga jerung. Cuma ikan pari tidak mempunyai rangka bertulang. Badannya hanya terdiri daripada tulang rawan sama seperti yang ada pada hidung dan telinga manusia.
#3 Ekor panjang pada ikan pari biasanya mempunyai sengat di pangkal ekor, dan ianya sangat beracun. Ada kes yang dilaporkan jika manusia tidak mengendalikan ikan pari dengan betul, maka sengatnya boleh hinggap di kaki atau tangan manusia. Tapi ada juga ikan pari yang tidak mempunyai sengat, contoh ikan pari bendera dan kelawar.
#4 Atas faktor mulutnya berada di bawah badan, ikan pari menjadikan spesis bercangkerang seperti kerang dan udang sebagai diet utamanya.
#5 Ikan pari tidak menggunakan mata untuk mencari mangsa. Disebabkan mata berada di atas badan, ikan pari hanya menggunakan elektro-sensor yang dikenali sebagai ‘ampullae of lorenzini’ untuk mencari makanan.
#6 Yang menarik, ikan pari biasanya hidup bersendirian, tetapi ada juga yang berkumpulan. Tidak seperti spesis yang hidup berkumpulan, ikan pari biasanya mengamalkan sikap solitary.
#7 Spesis terbesar ikan pari pernah direkodkan sepanjang 6.5 kaki dengan berat mencapai lebih 790 lb.
Penulis pernah tengok ikan pari ‘gedik’ sangat bila melihat manusia, lagi-lagi kaum lelaki. Entahlah pelik pula…
Korang pernah dengar cerita gerun tentang ikan pari?