Cuba kita lihat gigi-gigi selebriti hollywood dan bollywood semuanya cantik je, rata dan putih bersih! Memang jeles betul tengok gigi selebriti-selebriti ni, nak-nak bila mereka senyum memang terpukau habis. Macam manalah gigi artis-artis ternama ni selalu nampak cantik je?
Nak tahu rahsia dia, Dr Najib kongsikan rahsia macam mana selebriti-selebriti ternama ni mengubah gigi buruk mereka menjadi cantik seperti sekarang ini!
https://www.instagram.com/p/B95-ZCrHcxp/
Gigi Cantik Guna 4 Rawatan Ni
Menurut Dr Najib daripada Dentist Malaya, ramai selebriti terkenal dunia memilih untuk membuat cosmetic dentistry yang memberi fokus pada kecantikan gigi. Untuk mendapatkan gigi yang cantik, terdapat dua jenis rawatan yang boleh dilakukan iaitu Veneer dan juga Whitening.
Kedua-dua jenis rawatan gigi mempunyai pecahan rawatan kecil yang lain. Ingin tahu lebih lanjut, baca sampai habis!
Veneer
- Composite Veneer
- Porcelain Veneer
Rawatan veneer ini biasanya dilakukan bagi mendapatkan rawatan bagi gigi yang patah, pecah, jarang dan gigi yang berwarna kuning. Selain itu, rawatan Veneer ini juga di bahagi kepada Porcelain dan juga Compisite.
Porcelain Veneer ini lebih tahan lama, tidak berubah warna dan nampak lebih kurang macam gigi betul. Kaedah ini memerlukan doktor membuat acuan gigi di makmal dan setelah siap ia akan dipasang pada gigi.
Manakala Composite Veneer pula lebih nipis sedikit daripada Porcelain Veneer dan kaedah pemasang pula lebih senang dan cepat dalam 30 hingga 45 minit dah siap pasang.
Whitening
- In-Home Whitening
- Home Whitening Kit
Ini merupakan kaedah rawatan yang sangat digemari oleh artis-artis tempatan mahupun luar negara, kerana cara rawatan gigi ini hanya menggunakan gel untuk memutihkan gigi. Selain itu, rawatan whitening ini juga dapat menunjukan kesannya dengan cepat dan selamat (pastikan korang buat rawatan di klinik yang diikhtiraf).
Whitening juga mempunyai memberi fokus kepada In-Home Whitening yang mana pengguna boleh membuat rawatan whitening gigi sendiri di rumah, dengan syarat mengunakan Home Whitening kit yang disyorkan oleh doktor gigi masing-masing.
Implan Gigi
Bagi yang memiliki masalah gigi tercabut dan rosak sehingga gigi tidak boleh tumbuh semula, maka rawatan implan gigi ini adalah pilihan terbaik. Kaedah rawatan implan gigi ini adalah penggantian gigi dan akar gigi tiruan. Kebaikan rawatan ini adalah ia memberi kestabilan dan kelihatan serupa seperti gigi asli.
Braces
- Self-Ligating
- Ceramic Braces
Terdapat banyak jenis sebenarnya untuk mendapatkan gigi yang cantik, rata dan tersusun rapi. Salah satu cara rawatan yang ramai selebriti gunakan adalah Braces dan rawatan braces ini juga terdapat beberapa komponen kategori dan ramai selebriti memilih untuk melakukan Self-Ligating atau Ceramic Braces.
Kenapa ramai selebriti dalam atau luar negara memilih untuk membuat rawatan self-ligating braces ini adalah kerana rawatan ini cepat, tidak mempunyai warna, tidak bergetah, jarang memerlukan cabutan (bergantung pada individu yang menjaga) dan ia juga kurang sakit dan dapat mengembangkan rahang.
Manakala Ceramic braces pula digemari sebab bracketnya lebih lutsinar dan tersembunyi, bukan itu saja bagi individu yang tidak mahu berapa menonjol apabila memakai braces maka rawatan ceramic braces ini adalah yang terbaik.
Crown & Bridge
Rawatan gigi Crown and Bridge ini lebih kurang sama macam Veneer cuma apa yang membezakan antara kedua-dua rawatan ini adalah doktor akan trim keseluruhan gigi menjadi kecil kemudian doktor akan pakaikan sarung gigi yang dipanggil crown ke atas gigi yang telah di trim tersebut.
Biasanya rawatan crown ini dilakukan ke atas satu gigi yang bermasalah, manakala rawatan untuk bridge pula dilakukan pada gigi yang banyak bermasalah.
Berapa Lama Gigi Boleh Tahan Buat Rawatan Ni?
- 7 hingga 20 tahun
- Setiap 6 bulan kena jumpa doktor gigi
Bila dah keluar duit untuk buat rawatan ni, pastinya tempoh ketahanan gigi amat diambil berat bukan? Rata-rata bagi yang membuat jenis-jenis rawatan di atas, adalah dalam tempoh 7 tahun hingga 20 tahun. Setelah membuat rawatan ini, pastikan kamu berjumpa dengan doktor gigi 6 bulan sekali bagi membuat pemeriksaan.
Jangan ingat dah buat rawatan gigi dah tak perlu jumpa doktor.
Warna Gigi Tahan Sampai Bila & Harga Mahal Ke?
Bagi yang membuat rawatan untuk warnakan gigi menjadi putih, biasanya dapat bertahan sehingga 6 bulan dan keatas tetapi ia bergantung pada individu juga kalau yang jenis suka minum kopi hari-hari memang cepat kuninglah gigi tu.
Manakala dari segi harga rawatan pula, rawatan Whitening gigi murah dan berpatutan untuk dilakukan. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih dan ingin dapatkan gigi yang cantik serta lebih tahan lama, bolehlah buat rawatan Veneer.
Apa-apapun sebelum buat sebarang rawatan, dapatkan dulu saran dari doktor gigi dulu dan pastikan kamu miliki bajet untuk membuat rawatan gigi ni!