Jika kamu kerap berlibur ke tanah tinggi, pokok bunga Hydrangea biasa dilihat.
Untuk pengetahuan semua, pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Rata-rata pertama kali melihat pokok bunga ini akan terpaut kerana warna bunganya yang lembut – seakan pastel yang memberi ketenangan di mata.
Asal Usul
Pokok Bunga Hydrangea berasal dari negara Jepun. Nama-nama biasa yang lain termasuk Bigleaf Hydrangea, French Hydrangea, Lacecap Hydrangea, Mophead Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Ia ditanam secara meluas di banyak negara lain di dunia dan dalam pelbagai iklim. Di Malaysia, pokok ini juga dikenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah.
Keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.
Pokok ini biasanya tumbuh setinggi 1-3 m. Daunnya berlawanan, ovoid-tirus ringkas, 7-20 cm panjang, dengan tepi bergigi kasar. Bunganya boleh berwarna putih, atau dalam julat biru ke ungu ke merah muda bergantung kepada pH tanah; Dalam tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda. Jenis bunga putih tidak bertukar warna.
Tapi siapa sangka dalam cantiknya ia ada benda hitam yang tersembunyi yang kita selama ini tidak ketahui.
Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan;
- Rasa loya
- Sakit perut
- Muntah-muntah
- Cirit bibit
- Lemah otot
- Sawan
- Koma
Dinasihatkan peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
Hati-Hati ye semua!