Perempuan, individu yang cukup rumit.
Khususnya dalam percintaan, perempuan kadang kala sukar untuk melafazkan sesuatu atau tidak mampu melafazkannya, atau mungkin tidak sempat. Sememangnya kaum perempuan sangat rumit dan sukar untuk difahami, tapi itulah yang membuatkan mereka sangat istimewa.
Di sini Wanista kongsikan 28 perkara yang membuatkan kaum hawa sangat istimewa. Di harap kaum lelaki yang membacanya akan lebih memahami mereka ini.
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
- Foto – iStock
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang disayanginya (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
- Foto – Pinterest
7. Si lelaki jika kamu tidak suka akan gadis yang menyukai kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Jangan berkasar sebab dalam diri wanita ada satu semangat yang bila dia buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka langsung tak berguna.
- Foto – AsiaOne
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubungi melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tapi sebaik saja telefon dimatikan, dia akan menjerit kesukaan.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
- Foto – Rotikaya
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!
18. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin membaca.
- Foto – Getty
19. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintai sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dalam hati.
20. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
21. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
22. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka, lagi pula yang cantik.
- Foto – Grid.ID
23. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
24. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
25. Senjata wanita adalah airmata!
26. Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan (hadiah berupa barangan atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak ragu-ragu terhadapmu.
- Foto – Shopee Malaysia
27. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.
28. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Selamat Beramal!