Sejak semalam hangat di media antarabangsa berita tentang rapper T.I dan anak perempuannya.
Hal ini selepas rapper itu mengakui dia secara rutin membawa anak perempuan berjumpa ginekologi setiap tahun untuk memeriksa sama ada selaput daranya masih sempurna.
Dalam satu perbincangan di Podcast, T.I apabila ditanya sama ada dia pernah bercakap tentang seks dengan anaknya, Deyjah Harris, T.I. berkata, “bukan sahaja bercakap, malah setiap tahun saya bawa dia berjumpa dengan ginekologi untuk memeriksa selaput daranya,” jelas T.I. terus terang.
T.I langsung tidak sorok dan terus mengatakan bahawa sejak ulang tahun ke-18 Deyjah, selaput dara masih utuh, yang memberi isyarat kepadanya dia tidak pernah melakukan seks. Tradisi tahunan T.I atau nama sebenarnya Clifford Joseph Harris Jr. melawat pakar ginekologi untuk memeriksa selaput dara anaknya bermula selepas hari jadi ke-16.
Selaput Dara
Selaput dara atau dalam bahasa Inggerisnya adalah disebut sebagai “Hymen” merupakan lapisan sel nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina (vagina opening).
Selaput dara adalah sejenis sel yang sukar untuk dipastikan sebab kewujudannya, malah saiz dan bentuknya juga berlainan bagi semua wanita. Sehingga kini, pakar masih belum mengetahui fungsi sebenar selaput dara yang ada pada bahagian pembukaan saluran vagina.
Nak tahu lebih lanjut, baca artikel – Fakta Tentang Selaput Dara Yang Korang Kena Tahu!
Tidak Aktif Secara Seksual, Tidak Bermakna Selaput Dara Masih Utuh
Apabila ginekologi Deyjah memberitahu T.I terdapat cara lain yang boleh menyebabkan selaput dara wanita rosak seperti menunggang basikal, menunggang kuda, aktiviti fizikal atau sukan secara umumnya.
“Jadi saya katakan, ‘Lihat doktor, dia tidak menunggang kuda, dia tidak menunggang basikal, dia tidak bermain sukan. Periksa saja selaput dara dan berikan saya hasilnya dengan cepat, ” kata rapper itu. T.I menambah Deyjah sendiri memberi keizinan untuk memeriksa rekod perubatannya.
Seriously T.I ada masalah mental. Kesian sangat anak perempuan dia dapat bapa yang kuat prasangka sebegini.