Seperti kita sedia maklum, Filipina akan membuat pembikinan semula drama popular Korea Selatan, Descendants of the Sun.
Baca : Filipina Remake K-Drama ‘Descendants Of The Sun’, Dingdong Dantes Jadi Song Joong Ki
Versi Filipina menyaksikan hero hebat Dingdong Dantes dipilih memainkan watak Captain Yoo Si-Jin aka Big Boss. Manakala heroin pula bukanlah seperti pilihan ramai yang mahukan Marian Rivera tetapi produksi mengambil aktres cantik Jennylyn Mercado. Jennylyn Mercado akan menjadi Doctor Kang Mo Yeon, seorang pakar bedah dan permaisuri hati Big Boss.
Dilaporkan penggambaran dijangka bermula pada bulan hadapan dan akan ke udara tahun hadapan.
Lihat beberapa koleksi foto si cantik Jennylyn Mercado;
Boleh tahan cantik! Sama-sama kita nantikan serasian Dingdong dan Jennylyn.