Suka tonton drama Melayu? Rasanya pepatah “Sudah ludah, jilat semula” ini sinonim benar dengan orang Melayu kita. Maklum sahajalah, rata-rata orang kita kan gemar berdrama. Selain main tarik tali dalam perhubungan sehingga ada yang terlibat dalam berhubungan jenis “tergantung”, ada juga kes di mana seseorang itu secara amnya mampu jatuh cinta kembali terhadap bekas kekasih. Apa kes?
Takut keseorangan dan sukar hendak melupakan mantan kekasih pastinya menjadi faktor utama yang mendorong diri seseorang itu untuk kembali mengejar cinta lama. Tak malu untuk memulakan langkah, namunn tahukah kamu mengejar cinta mantan itu memiliki risiko yang mungkin menghampakan diri kamu sendiri?
Bagi mengelak cinta kamu ditolak sekaligus mengelak “Pisang berbuah dua kali”. Ini empat (4) hal yang kamu perlu peka.
#1 Jangan Main Terkam
Senang cerita cuba tahan nafsu! Kalau terkait isu sebegini, ia selalunya melibatkan maruah kamu… lebih-lebih lagi jika kamu tu perempuan. Ketahuilah nilai diri kita dan sebaiknya, jangan terburu-buru kalau pun hati kamu tu rindu benar dengan si ex-boyfriend.
Pada peringkat awal, memang kita rasa keputusan kita meninggalkan si dia atau hakikat dia meninggalkan kita itu adalah salah dan tak patut langsung tapi stop it!
Dalam fasa ini ambil masa untuk sayang diri sendiri. Elak telefon, mesej, balas email dan termasuklah menekan butang like pada foto dan status laman sosial mereka untuk mengelak diri kamu terjerat untuk jatuh cinta pada mantan semula.
Harap maklum, tak semua lelaki baik hati nak terima kita semula kerana kebanyakan lelaki ego. Jadi jangan cuba-cuba nak berkasih dengan ex-boyfriend kalau takut cinta kena tolak. Kamu yang malu nanti!
#2 Jangan Libatkan Keluarga & Teman Rapat
Selalunya kalau ada masalah cinta, kita tertarik untuk berkongsi duka dengan kawan atau adik-beradik. Tapi tahukah kamu masalah perhubungan adalah perkara sensitif yang sepatutnya kamu simpan rapi sendiri? Ini kerana, biasanya orang yang mendengar cerita kita itu akan berlaku berat sebelah dan menjadi batu api.
Alih-alih mesti dia akan sokong niat kita untuk kejar cinta lama, hanya sebab mereka kesiankan kita. Sebab tu mereka setuju dengan tindakan kita. Tak percaya cuba fikir.
#3 Hormat Perasaan Mantan
Yang sudah tu sudah lah. Tak perlu paksa orang kalau dia dah tak sukakan kita. Kita ni kena belajar berjalan ke hadapan dan cari kehidupan yang baharu. Orang solo tak semestinya tak boleh berjaya. Lihat Neelofa, mampu saja majukan diri dalam bidang yang diceburi biarpun tidak berteman. Jangan malukan diri untuk kejar lelaki.
Guna waktu lepas break-up itu untuk perhatikan gerak-geri dia. Tak perlu nangis, rayu minta dia cinta kamu semula sebaliknya, beri mantan masa dan ruang agar keadaan itu buatkan dia terindu-rindu kamu.
#4 Elak Bercakap Bila Emosi
Perempuan memang suka membebel. Kalau tak dapat call, habis semua diluah dalam mesej. Tapi kalau mantan kamu dah memang tak ada hati, tak guna kamu buang masa buat karangan 10 perenggan untuk pujuk dia terima kamu semula.
Kalau boleh, elak langsung komunikasi dengan mantan walaupun dengan mesej. Nanti daripada ada satu sebab dia bencikan kamu, habis bertambah pula kebencian dia bila kamu cakap yang bukan-bukan. Ada baiknya diam.
Ingat, kita perempuan ni ada harga diri. Jangan nampak sangat macam kita ni terhegeh-hegeh hendakan dia. Bak kata pepatah, “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai”. Kalau takut cinta ditolak, jangan cuba-cuba bermain dengan api untuk mengejar cinta bekas kekasih. Sekian.
Selamat beramal! ❤️