Orang zaman sekarang berlumba-lumba menunjukkan skill terbaik dalam melahirkan foto paling ekstrem, unik, paling memukau dan sebagainya. Sampaikan ada kalanya mereka langsung tidak mengendahkan soal keselamatan dalam mencapai sesuatu, seperti terjadi pada pasangan ini.
Pasangan dari Amerika yang merupakan travel-influencer mencetuskan kehangatan di Instagram selepas aksi bergambar mereka teruk dikecam netizen.
Kelly Castille dan Kody Workman mengendalikan akaun @positravelty, di mana mereka sering menyiarkan koleksi foto menarik sepanjang perjalanan ke serata dunia. Bagaimanapun, baru-baru ini satu foto menarik perhatian lebih daripada di kalangan 70, 000 pengikut mereka.
Foto yang diambil di Bali, menampilkan Castille, 33, yang tergantung di penjuru kolam, yang dipegang oleh Workman, 32, sambil bercumbuan. Walaupun ramai yang kagum dengan angle yang ditunjukkan, ada juga menyatakan kebimbangan dengan aksi sedemikian yang seperti menempah maut.
“To be honest, it makes me a bit scared to see that pics but I love the pics!”
“Why is the woman always the one risking themselves for pictures?. Never see a guy hanging over a cliff.”
“I love the picture but I don’t think the risk is worth it”
Bercakap pada Insider, Castille dan Workman menegaskan bahawa mereka memastikan dia selamat.
“Nak tahu benda yang mengejutkan, foto ini sebenarnya idea Kelly Castille.
“Kami berdua berada dalam keadaan baik, kami tahu badan kamu, dan tahu batasan kami. Kami mempunyai kepercayaan antara satu sama lain, ” jelas Kody Workman.
Pasangan ini menjelaskan bahawa terdapat kolam renang di bawahnya.
Aduhai macam-macam hal… Tapi memang seram, korang jangan berani cuba ye!