Dengan skandal paling dasyat melibatkan bekas ahli kumpulan BigBang, Seungri, peminat K-Pop sebulat suara menyatakan kesemua ahli BigBang bermasalah kecuali Taeyang yang buat masa ini masih berimej bersih.
Nama BigBang cukup besar dalam sejarah K-Pop, sebelum BTS, mereka terlebih dahulu menguasai dunia dengan aliran muzik yang cukup unik. Muzik mereka bukan sahaja diminati peminat tempatan malah serata dunia baik tua atau muda terhibur. Lagu ‘Fantastic Baby’, ‘Bang Bang Bang’ dimainkan di corong radio, jalanan serta di mana sahaja anda berada.
Tapi mereka juga manusia biasa yang tidak dapat elak daripada melakukan kesilapan sehingga mencemar reputasi BigBang.
Daesung – Kemalangan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut di tempat kejadian
Pada 31 Mei 2011, Daesung terlibat dalam kemalangan kereta di Yanghwa Bridge, di mana dia melanggar seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mr. Hyun, yang terbaring di jalanan kerana kemalangan sebelumnya.
Tidak lama melanggar Mr. Hyun, Daesung turut menghentam teksi yang berhampiran. Teksi dilaporkan berhenti untuk membantu Mr. Hyun yang tidak sedarkan diri. Mr. Hyun diumumkan mati di tempat kejadian, dan Daesung dilabel sebagai pembunuh. Selepas itu, YG Entertainment mengumumkan Daesung akan mengambil cuti berehat untuk siasatan lanjut.
G-Dragon – Menghisap marijuana
Pada masa Daesung berehat dari industri hiburan, ketua kumpulan dan ikon fesyen G-Dragon pula terjebak dalam satu skandal. Pada 5 Oktober 2011, G-Dragon didakwa atas tuduhan menghisap marijuana. Marijuana menyalahi undang-undang di Korea, hanya disahkan oleh undang-undang untuk penggunaan khusus khasnya penggunaan ubat pada November 2018. Dilaporkan G-Dragon menghisap marijuana di Jepun pada bulan Mei. Pada 15 Jun, ujian air kencing yang keluar menunjukkan negatif, walaubagaimanapun ujian rambut pula positif.
Top – Skandal ganja
Sedang menjalani latihan ketenteraan, peminat BigBang dikejutkan dengan berita Top didakwa telah menghisap ganja pada bulan Oktober 2016. Walaupun dia pada asalnya menafikan dakwaan tersebut, menjelaskan sekadar menghisap rokok elektrik tetapi kemudian mengakui menghisap ganja. Malu dengan tindakan bodoh, Top memohon maaf kepada semua peminat yang selama ini mempercayai serta menyokong karier seninya.
G-Dragon – Skandal layanan istimewa ketika latihan khidmat negara
Nama G-Dragon terusan busuk apabila dia sekali lagi dikaitkan dengan satu lagi kontroversi panas. Katanya dia mendapat layanan istimewa sepanjang menjalani latihan khidmat negara. Kurang dari 3 bulan selepas pendaftaran, G-Dragon telah dimasukkan ke hospital di Seoul kerana mengalami kecederaan di pergelangan kaki kanannya.
Agensi YG Entertainment mengumumkan bahawa GD akan kembali ke pangkalan tentera sebaik sarah pulih dari pembedahan. Walaubagaimanapun, GD masih lagi datang dan balik dari hospital seperti biasa. Media Korea menuduhnya menerima rawatan istimewa dari tentera kerana statusnya sebagai selebriti berprofil tinggi. Masalah timbul apabila G-Dragon dilaporkan masuk wad persendirian kelas pertama yang tidak dapat diakses oleh sesiapa di bawah pangkat Kolonel.
Seungri – Dadah, pelacuran, rasuah, cukai
Satu dunia tahu skandal paling terbesar dalam sejarah dunia hiburan Korea melibatkan Seungri dan beberapa nama selebriti – mereka terjerumus dalam kancah dadah, pelacuran, merasuah pegawai tertinggi, seks serta bermacam lagi yang tidak diketahui bila akan berakhir.
Bukan itu sahaja, Seungri mengambil keputusan bersara dari industri hiburan dan kontraknya serta-merta ditamatkan oleh YG Entertainment. Kini, Seungri masih lagi dalam siasatan lanjut.
Satu-satunya ahli yang tidak mendatangkan sebarang masalah ialah Taeyang. Skandal terbesarnya hanyalah perkahwinan dengan Min Hyo Rin. YG Entertainment mengesahkan pada 18 Disember bahawa kedua-duanya akan berkahwin sebelum Taeyang memasuki latihan ketenteraan.
Daripada 5 sekarang 4… G-Dragon pernah memberitahu Seungri hanya menunjukkan kemesraan dengan ahli kumpulan depan kamera sahaja, walhal di belakang Seungri lebih senang menghabiskan masa dengan rakannya yang sebenarnya ‘syaitan bertopengkan manusia’, hanya menggunakan status Seungri untuk kepentingan sendiri.